Isnin, Jun 15, 2015

Apa ada dengan nama kuih

Apa ada dengan nama kuih - Salam menyambut ramadan tidak lama lagi, Dalam bulan puasa ini macam-macam kuih ada jual di bazar ramadan setiap negeri, pelbagai jenis rupa dan bentuk yang boleh pilih, tinggal nak yang mana berkenan dihati.

Gambar contoh kuih muih

gambar kuih muih
Gambar sumber google

Dibawah ada senarai nama kuih kegemaran dengan acuh dan lawak sekali, cuba cari di bazar dengan nama maksud kata perkataan tersebut, kalau anda sangat berani, Try ' cuba anda bertanya pada penjual kuih tersebut?

Apa reaksi penjual kuih tersebut

Kalau penjual kuih tu faham, memang penjual kuih tu teror la, tersenyum dan ketawa atau mulut terbuka luas! tanda terkejut sangat, pengsan atau marah hmm tak logik atau anda sendiri kena makan pelempang kat situ juga..hahaha, ok gurau.

Ada berani ?

Cari kuih dan sebut nama kuih dengan gelaran dibawah, cubalah rasa.
Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih paling busuk = Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek 
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yang bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih orang tak mandi = Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram = Kuih Makmur
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih dangdut inul = kuih goyang @ kuih rose 
Kuih pengacara majlis = kuih Cara
Kuih yang suka api = Kuih Bakar 
kuih atas langit = kuih kapai terbang
kuih pandai menari = kuih goyang 
Kuih paling ganas = kuih BoooMM..!!
Kuih xbulih makan tapi orang suka makan = kuih sarang semut
Kuih pengacara majlis yang baju dia comot = Kuih Cara berlauk 
Kueh yang lama tertinggal orang tak makan = kueh abuk-abuk
Kuih yg banyak buat dosa = kuih talam dua muka
kuih yang ayu = kuih putri ayu
kuih yang pergi Mekah = kuih Tok Aji Serban
kuih ada lampu = kuih tepung pelita
kuih bukan kuih = kuih tiaw
kuih suka senyum = kuih apam senyum 
kuih mekap tebal = tepung gomak
kuih ala hispanis = kuih lopez
kuih paling kaya = jala emas
kuih paling jauh = kuih bulan
kuih paling banyak = kuih muih
Kuih confuse = quaker oat (kuih ke oat?) 

Sumber diinternet, Banyak kuih senarai diatas pernah saya makan dan jumpa, ada juga yang belum pernah rasa, tapi rasanya semua kuih diatas sedap - sedap belaka, betulkan.

Dengan nama kuih dan ada yang pelik, tentu ada sejarah disebalik nama kuih tersebut yang orang lain tahu dan tidak kita ketahui.

Sejarah nama kuih

Sejarah nama kuih kebanyakan mengikut negeri, dialek berbeza nama mengikut tempat dan kebiasaan jenis kuih diletak pada paras rupa bentuknya dan cara atau bahan yang digunakan untuk membuat kuih tersebut.

Salam ramadan semua, semoga bertambah amalan baik kita bila tiba di bulan ramadan yang mulia yang akan menjelma tidak lama lagi.

Tag : Ramadan

Baca : Apa ada dengan nama kuih - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 17- Santai Riadah242>www.inamurni.com Copyright © 2015

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon