Khamis, Mei 28, 2015

Tok Burn Cafe Kuala Selangor

Tok Burn Cafe Kuala Selangor - Jalan jalan ke Kuala Selangor di bangunan baru seperti Mega Lanes Plaza Kuala Selangor, anda boleh juga ingin riadah seperti ingin bermain bowling dan ada juga pawagam tengok wayang seperti LFS lotus five star, di tingkat 4 atas sekali terletak tempat makan baru iaitu Tok Burn Cafe di Kuala Selangor yang kami pertama kali singgah disini dan ingin mencuba makan di tempat tinggi diatas bumbung dan anda boleh lihat suasana sekitar bandar Kuala Selangor dari atas juga dapat rasa angin ditempat tinggi. Best kan.

Pandangan dari atas restauran Tok Burn Cafe Kuala Selangor

Permandangan dari atas
Permandangan dari puncak

Nasi gulai masak lemak daging

Nasi Gulai Masak Lemak Daging
Menu kami gulai masak lemak

Apple Juice
Air Apple juice

Gulai masak lemak daging salah satu makanan kegemaran saya, lagi pula sudah jemu sangat makan daging ayam, hidangan beserta telur goreng separuh masak dan juga keropok sayur dan sedikit timun dan sambal belacan. Masak lemak daging tidak cukup pedas dan ia biasa sahaja. Air pula jus epal, lihat bekas macam jug tapi sebenarnya cuma gelas kecil sahaja, sila jangan terpengaruh dengan gambar. Harga tidak terlalu mahal walaupun tempat ini berada diatas, banyak juga menu. Nak datang sini naik guna lift dan paling seronok best lepak lama lama dengan angin sepoi-sepoi. Lepas itu boleh berfikir nak pergi lokasi mana pula lepas ini.

Sudah kenyang boleh jalan jalan kawasan sekitar Kuala Selangor seperti :
  • Bukit Melawati, boleh lihat budeng dan monyet atau bila hari minggu boleh naik trak train.
  • Taman Ikan Air Tawar, boleh lihat ikan air tawar dan binatang lainya.
  • Taman Alam, boleh lihat pelbagai spesis burung yang menetap atau burung yang berhijrah.


Tag : Jom makan

Baca : Tok Burn Cafe Kuala Selangor - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 14- Santai Riadah207>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon