Khamis, Mei 28, 2015

Lempeng Sayang Kuala Selangor

Lempeng Sayang Kuala Selangor - Jom makan untuk kali ini nak tunjuk satu lokasi yang menarik jika ingin nak makan lempeng dengan pelbagai jenis perisa serta kasih sayang? Kenapa nama lempeng sayang tidak diketahui, mungkin dibuat dengan kasih sayang barangkali. Teringin nak makan lempeng, padahal buat lempeng dirumah juga sangat mudah dan senang.

Pandangan papan tanda Lempeng Sayang Kuala Selangor

Papan Tanda

Lokasi tempat makan dan gerai Lempeng Sayang Kuala Selangor terletak di Kg Assam Jawa, meja makan terletak disusun hingga keluar dengan suasana malam meriah dan santai. Menu beragam dengan makanan laut dan masakan ala thai sesuai juga untuk kunjungan keluarga. Seperti manu yang kami pesan dibawah.

Menu Hidangan
Menu dan tanda harga Lempeng Sayang

Lempeng serta sambal bilis
Lempeng Sambal Bilis
Gambar lempeng sayang, 2 keping sekali makan

Kalau teringin makan lempeng, disini tempatnya, lempeng besar dan sedikit tebal serta cukup kenyang kalau nak habiskan 2 keping, satu berharga RM2 berserta sambal bilis, cukup berbaloi nak makan lempeng ini. Biasa selalu buat dirumah dengan lempeng yang nipis, sambal bilis pula cukup pedas dan sedikit manis jadi kebiasaan rasa makanan di restauran. Tapi lempeng ini kalaulah dapat cicah dengan SAMBAL HITAM PAHANG mesti lagi sedap dan kombinasi terbaik, hanya cadangan bagi pengurus kedai makan untuk membuatnya.

Mee kari ketam
Mee Kari Ketam
Gambar..Mee kari ketam

Menu kedua yang dipesan ialah mee kari ketam, suka mee kari beserta ketam, walaupun susah nak makan, sebab dapat ketam yang kecil dan mangkuk juga sangat comel je.. Perli' Pernah juga makan mee kari ketam di Zack Two Ten Corner Kuala Selangor dan jika nak dibandingkan antara keduanya, Zack two ten sedikit sedap. Boleh juga makan kuah kari ketam ini untuk dibuat cicah dengan lempeng tadi. Harga mee kari ketam RM6.00 satu hidangan.

Terasa kenyang makan lempeng dan mee kari ketam, Harga juga berpatutan untuk kami makan berdua, jika teringin makan lempeng boleh lagi menerjah kesini.

Tag : Jom makan

Baca : Lempeng Sayang Kuala Selangor - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 13- Santai Riadah206>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon