Rabu, Mei 27, 2015

Cara buat resepi Biskut Tart Cheese

Info cara mudah tentang buat resepi biskut tart cheese dari kami

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal dan menjual Aneka Biskut Raya bagi sambutan hari raya dan sebarang majlis atau goodies kahwin dan kenduri kendara. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Tart Cheese bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut kami yang sedap dan enak.

Cara buat resepi biskut tart cheese

Biskut Tart Cheese
++ Gambar biskut tart cheese

Tentang biskut tart cheese

Resepi biskut tart cheese, adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Biskut ini sangat sedap, ia juga sedikit lemak manis dengan rasa cheese dan jem nenas, cubalah Biskut Tart Cheese dengan corak yang cantik dan menarik.

Resepi cara buat biskut tart cheese

Bahan-bahan biskut tart cheese
  1. 150gm mentega
  2. 50gm margerin
  3. 50gm gula kaster 
  4. 2 biji kuning telur
  5. 320gm tepung gandum
  6. 1 sudu besar tepung jagung
  7. 1 sudu besar susu tepung 
  8. 50gm keju cheddar - parut halus
  9. Sapuan - 2 biji kuning telur + sedikit air
  10. Keju parut secukupnya letak dalam mangkuk
  11. Inti Nenas atau boleh beli jem nenas ready made
  12. 1 biji nenas di parut halus
  13. 125gm gula pasir
  14. 5 biji bunga cengkeh
Cara buat resepi biskut tart cheese
  1. Inti Nenas:  Masak nenas parut bersama gula, cengkih dengan api kecil.  Kacau hingga menggering tapi jangan sampai hangus.  Sejukkan dahulu, kemudian gentel bulat kecil sebelum di masukkan ke dalam doh. 
  2. Pukul mentega, majerin, gula dan kuning telur hingga berkrim.  Masukkan tepung yang di ayak bersama parutan keju cheddar, uli hingga menjadi doh.  Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
  3. Ambil sedikit doh sebesar ibu jari (10gm) dan leperkan.  Masukkan inti nenas di tengahnya.  Bulatkan kembali.  Buat hingga habis.
  4. Celup bahagian atas doh dengan kuning telur, kemudian golek permukaan atas saja dengan keju parut.
  5. Susun di dalam loyang yang di sapu marjerin dan bakar di rak tengah pada suhu 160C selama 20-25min  atau hingga permukaan keju keperangan.
Tempahan biskut tart cheese

Tempahan awal biskut tart cheese boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut tart cheese kami yang sedap dan lazat anda boleh sahaja masuk biskut untuk tempahan dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk kami. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut tart cheese

Harga biskut tart cheese kami juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.

Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut tart cheese dan semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.

Kategori : Resepi Biskut Raya
Tajuk entri : Cara buat biskut tart cheese
Update : 05 Ogs 2018

Tag : Resepi

Baca : Cara buat resepi Biskut Tart Cheese - INA MURNI ENTERPRISE

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon