Ahad, Mei 24, 2015

Cara buat resepi Biskut Marble

Info cara mudah tentang buat resepi biskut marble dari kami

Dalam kepelbagaian produk kami di Ina Murni Enterpise yang berlokasi di Sungai Besar juga adalah pembuat, pembekal dan menjual Aneka Biskut Raya bagi sambutan hari raya dan sebarang majlis atau goodies kahwin dan kenduri kendara. Juga berkongsi sedikit info Resepi Biskut Marble bagi yang berminat menambahkan lagi juadah dan kepelbagaian anda pada sambutan hari raya anda. Jika berminat ingin lihat semua info tentang resepi biskut raya kami di Ina murni sila klik sini label resepi biskut kami yang sedap dan enak.

Cara buat resepi biskut marble

Biskut Marble
++ Gambar Biskut Marble

Tentang biskut marble

Resepi biskut marble, adalah antara Kuih Raya yang paling popular dan disukai ramai. Biskut ini sangat sedap, ia juga sedikit manis dan rasa coklat dan lemak, cubalah biskut marble dengan corak yang cantik dan menarik.

Resepi cara buat biskut marble yang sedap

Bahan-bahan buat biskut marble
  1. 220 gm Mentega
  2. 250 gm Tepung gandum
  3. 70 gm Gula kastor
  4. 2 sudu Makan tepung beras
Bahan Coklat Marble
  1. 200 gm Coklat masakan
  2. 1 sudu teh Shortening
  3. 50 gm Coklat putih (untuk hiasan)
Cara buat biskut marble
  1. Cara Memasak biskut marble Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum dan tepung beras yang telah diayak.
  3. Kemudian, Gaulkan hingga menjadi adunan.
  4. Tuangkan adunan kedalam acuan empat segi dan bakar pada suhu 160c selama 20 minit.
  5. Sejukkan. (saya guna loyang empat segi jenis 'loose tin' yang boleh tolak dari bawah sebab memudahkan proses tuang coklat)Untuk bahan marble.
  6. Cairkan coklat masakan dan campurkan bersama shortening.
  7. Tuangkan keatas biskut dan ratakan.
  8. Letakkan sedikit coklat putih dan lorekkan coraknya.
  9. Biarkan sejuk dan kemudian barulah dipotong.
Tempahan biskut marble

Tempahan awal biskut marble boleh dibuat di sini lebih awal dan jika berminat dengan biskut marble kami yang sedap dan lazat anda boleh sahaja masuk biskut marble untuk tempahan dan semoga berpuas hati dengan kualiti produk kami. Sila pergi ke Biskut untuk tempahan Ina Murni .

Harga biskut marble

Harga biskut marble kami juga sangat berpatutan dan murah serta berkualiti dengan rasa yang sedap, jadi kami akan beri jaminan harga terendah dan terbaik untuk anda.
Itulah serba sedikit info tentang cara buat dan resepi biskut marble dan semoga perkongsian ini di ina murni membawa manfaat untuk anda semua.

Kategori : Resepi Biskut Raya
Tajuk entri : Cara buat biskut marble
Update : 05 Ogs 2018

Tag : Resepi

Baca : Cara buat resepi Biskut Marble - INA MURNI ENTERPRISE

Artikel Terkait

Author di inamurni.com , suka jalan cari makan Jom Makan destinasi tempat yang menarik untuk singgah. Untuk sebarang tempahan Biskut Raya, Kerepek dan doorgift serta makanan tradisi boleh hubungi kami di talian.


TENTANG INA MURNI

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon