Selasa, April 07, 2015

Produk mesra alam dari ubi kayu

Produk ini cuba memasuki pasaran di pasar raya besar ni negara ini

Produk ini boleh dimakan dan menunjukkan ia tidak berbahaya

Tentang Ubi Kayu atau nama botaninya Manihot Esculenta Crantz ialah tumbuhan tropika dan subtropika daripada famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat.

Ia sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa seperti ketika musim tengkujuh, malapetaka awam ataupun semasa peperangan seperti Perang Dunia Kedua.

Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan di percik dengan santan manakala di Amerika Syarikat, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara.

Kegunaan ubi kayu memang pelbagai. Sehubungan itu, syarikat tempatan, Sai G Mission berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu.

Pengarah Urusannya, Sai Ganeis berkata, produk berasaskan ubi kayu keluaran syarikatnya itu dihasilkan seiring dengan penubuhan Sai G Mission sejak dua tahun lalu.

“Ia dihasilkan daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di pasaran sekarang.

“Kami mengakui di pasaran kini terdapat pelbagai jenama pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Shah Alam, baru-baru ini.

Namun begitu, katanya, jika dilihat dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 60 hingga  90 hari untuk dibiodegradasi.

Baca juga - Tentang produk kerepek ubi kayu

“Berbeza dengan pinggan daripada ubi kayu kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 14 hari sahaja,” katanya.

Apa yang menariknya mengenai pinggan yang dihasilkan itu ialah apabila ia boleh dimakan.
“Objektifnya bukanlah untuk dimakan sebaliknya hendak ditunjukkan kepada pengguna bahawa produk itu tidak berbahaya,” katanya.

Pasaran produk
Sai Ganeis, pinggan daripada ubi kayu bukanlah satu-satunya produk keluaran Sai G Mission, sebaliknya syarikat itu telah pun menghasilkan mangkuk, cawan, sudu, dan garpu daripada bahan itu.

“Kami berhasrat untuk menghasilkan bekas set makanan tengah hari dan mangkuk ais kacang menjelang tahun depan,” katanya yang sedang mencuba untuk memasuki pasar raya besar seperti Giant dan Mydin bagi memasarkan produknya itu.

Beliau berkata, tujuan pelbagai bekas makanan daripada ubi kayu dihasilkan adalah untuk memberi pilihan produk mesra alam kepada pengguna. “Pinggan ubi kayu ialah pilihan terbaik bagi kempen cintai alam sekitar.

Ia mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan,” katanya yang juga merupakan pencinta alam sekitar.

Pinggan ubi kayu memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar.

Sai Ganeis berkata, matlamat utama menghasilkan pelbagai bekas makanan daripada ubi kayu adalah sebagai pengganti kepada penggunaan alat polistirena.

“Pada mulanya, penggunaan alat polistirena adalah untuk memudahkan kehidupan manusia kerana tidak perlu di cuci selepas digunakan tetapi pada akhirnya telah memudaratkan bumi kita.

“Ini kerana ia tidak dapat diuraikan. Penggunaannya di negara kita berada tahap membimbangkan dan perlu dikawal dengan lebih tegas,” katanya.

Kualiti hidup
Beliau yang juga ahli dalam Persatuan Sathya Sai Baba yang menekankan nilai-nilai kemanusiaan dan alam sekitar berkata, objektif utamanya adalah untuk memberi balik pada alam sekitar.

“Kami perlu melakukan sesuatu untuk memberi balik kepada masyarakat dan alam sekitar dengan meningkatkan fikiran mereka supaya menjaga alam sekitar,” katanya

Menurutnya, pengguna harus sedar akan tanggungjawab mereka dan berusaha untuk mengurangkan penggunaan polistirena terutama sebagai bekas makanan.

“Jika menggunakan polistirena, ia akan pecah tetapi tidak akan terbiodegradasi sebaliknya jika menggunakan bekas makanan daripada ubi kayu, ia akan masuk ke dalam tanah dan memenuhkan ruang tanah seterusnya boleh mengelakkan tanah runtuh,” katanya.

Produk ini sekiranya dibuang ia akan menjadi tanah seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan tanah.

Dalam pada itu, kata Sai Ganeis, pengguna harus menjadikan tabiat di mana membungkus makanan dengan membawa bekas makanan sendiri atau menggunakan apa sahaja bekas makanan mesra alam.

Menurutnya, dengan penggunaan bekas makanan mesra alam, ia membantu mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan.

“Ini dapat dilakukan dengan cara mengurang atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia.

“Cara pembuangan dan pelupusan sampah juga harus dititikberatkan,” katanya.
Sehubungan itu, bagi seiapa yang berminat  dengan produk mesra alam keluaran Sai G Mission bolehlah menghubungi Sai Ganeis melalui e-mel di saiganeis@gmail.com atau laman sosial Facebook di www.facebook.com/
sai.ganeis

Sumber : Sinar harian

Tag : Berita

Baca : Produk mesra alam dari ubi kayu - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 113 - Matlamat 183>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon