Sabtu, April 04, 2015

Asam pedas ikan sembilang

Berita - Asam pedas ikan sembilan ' terangkat '

Kedai makannya hanya bertiang kayu serta dikelilingi beberapa pondok kecil dan pokok pisang.

Sekali pandang ia mungkin kedai makan biasa, namun jangan terkejut kerana kedai makan itu bukan saja menjadi tumpuan orang ramai dari Kuala Lumpur, Shah Alam, Melaka dan Negeri Sembilan tetapi tetamunya datang menggunakan helikopter yang mendarat di sebelah kedai yang diberi nama Asam Pedas Sungai Sembilang Klasik Enterprise.


Hidangan kari dan asam pedas ikan sembilang menjadikan kedai makan yang wujud sejak dua tahun lalu itu tumpuan ramai.

Terletak di Kampung Sungai Sembilang, Kuala Selangor, kedai makan yang diusahakan Mastuki Kileho, 53, itu menjadi tumpuan sejak beroperasi dari jam 1 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Mastuki berkata, setiap hari dia memerlukan antara 30 hingga 40 kilogram ikan sembilang untuk menu asam pedas dan kari.

Kedai makan itu turut menyediakan ikan pari, cencaru dan jenahak.

Menurutnya, rahsia kedai makannya menjadi tumpuan mungkin kerana kesegaran ikan sembilang itu selain resipi tradisional asam pedas isterinya dari Melaka.

“Ikan sembilang ini saya ambil daripada nelayan di jeti berhampiran setiap hari, malah ada ketika apabila ikan sembilang baru sampai, saya terus memasaknya.

“Selain itu, menu asam pedas dan kari ini dihidangkan dengan ‘claypot’ menaikkan aroma masakan itu,” katanya.

Mastuki yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan berkata, keenakan makanannya itu menyebabkan ia disampaikan dari mulut ke mulut hingga menjadi tumpuan.

“Saya terkejut ada pelanggan datang dari jauh, malah tokoh korporat menaiki helikopter ke sini semata-mata mahu menikmati asam pedas ikan sembilang,” katanya.

Semangkuk asam pedas atau kari dihidangkan bersama nasi, telur masin dan timun berharga RM9.

Sementara itu pelanggan dari Shah Alam, Abdul Halim Abu, 56, berkata, dia amat suka masakan asam pedas ikan sembilang dan sanggup datang ke situ semata-mata mahu menikmatinya.

“Kebetulan isteri saya dari Melaka, masakan ini menyelerakan apatah lagi ikannya dimasak segar,” katanya.

Pelanggan dari Kuala Lumpur, Mohd Saleh Onah, 55, berkata, kunjungan itu kali kedua dia bersama keluarga menikmati menu itu.

Katanya, menu terutama asam pedas menepati selera mereka sekeluarga apatah lagi ikan menggunakan ikan segar.

“Anak saya tidak makan makanan pedas, tetapi apabila saya bawa ke sini dia boleh makan asam pedas ini.

“Ia membuktikan asam pedas ini kurang pedas dan sesuai untuk semua,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 

Khamis, 12 Mac 2015 @ 12:23 PM

ASAM pedas ikan sembilang punya tarikan yang tersendiri.

Sumber: Hmetro

Baca : Asam pedas ikan sembilang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 111 - Matlamat 181>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon