Selasa, Mac 10, 2015

Zaiton laksa Bno Sabak Bernam

Zaiton laksa BNO Sabak Bernam - Hari ini memang niat ke pantai (BNO) Bagan Nakhoda Omar ingin menjamu selera, makcik hari ini tidak masak dirumah, jadi kali ini kami makan diluar sahaja. Jadi destinasi terdekat hanya di pantai BNO Sabak Bernam Selangor pada hari minggu sudah pasti dan semestinya ramai pengunjung yang datang kesini untuk riadah bersama keluarga masing-masing.

Zaiton laksa di Pantai BNO

Bno Sabak Bernam
Bergaya tak

Lokasi Pantai ( BNO ) Bagan Nakhoda Omar terletak di daerah Sabak Bernam Selangor, terletak dekat dengan jeti nelayan. Tempat bot nelayan keluar masuk mencari hasil tangkapan laut bagi rezeki penduduk disini lakukan. Bagi kami perjalanan dari Pekan Sungai Besar kesini hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Kami sampai jam 5 petang, sudah ramai orang yang membanjiri dan ditepi pantai banyak penjaja menjual pelbagai jenis makanan dan minuman, ada juga yang menjual mainan untuk kanak-kanak.

Aktiviti sesuai seperti permainan layang-layang, ramai penjaja menjual layang-layang di Pantai Bno dengan pelbagai rupa bentuk dan jenis, jika sesuai dengan keadaan angin disini permainan layang-layang sudah tentu satu aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga meluangkan masa untuk eratkan tali silaturahim.

Kuetiau udang banjir

kuetiau banjir
Kuetiau udang banjir saya pesan di Bno

Paling terkenal disini Mee udang bno, ada yang sebut mee banjir, memang banjir hingga nak melimpah keluar kuah dia, hari minggu ramai orang makan disini lebih lagi di Jaiton laksa, perasan ada dua nama, satu Zaiton di papan tanda kedai, tapi di banner tulis Jaiton, salah ejaan mungkin.

Makcik saya sudah jemu makan mee udang banjir disini, jadi dia pesan bihun goreng udang. Memang lazim disini dengan menu undangnya seperti nasi goreng udang, ada juga laksa, nasi ayam udang dan pelbagai lagi, tetapi menu terkenal yang ramai akan orang pesan ialah mee udang yang sangat sinonim dengan tempat ini.

Bihun Goreng Udang

Pantai Bno
Bihun goreng udang Zaiton laksa Sabak Bernam

Mee udang disini, kuahnya sedap dan pekat, bersama telur dan sawi diadun dengan kuah udang yang meresap didalam mee, memang sangat mengujakan. Tidak terlalu pedas, warna makanan sangat menarik dan nampak sedap, manis sesuai dengan tekak berserta dengan kebanjiran udang hoho.. Memang puas hati makan udang disini.

Bihun goreng kurang sedap, tawar dan kurang masin, nasib ada petis udang, jadi makan bihun goreng bersama petis udang. Makanan memang tak lokek, penuh pinggan dan sangat kenyang untuk dihabiskan. Selalu makan disini sampai penuh perut, satu pinggan seperti untuk makan dua orang. Harga juga berpatutan dan murah, patut ramai pengunjung. Bagi kebanyakan orang luar disini memilih Zaiton laksa Pantai Bno Sabak Bernam.

Suasana petang di Pantai Bno

Pantai Bagan Nakhoda Omar
Suasana gerai jualan tepi Pantai BNO

Masa kami datang air sudah pasang penuh, masa ingin pulang boleh lihat panorama senja yang cantik, boleh lihat matahari yang akan terbenam boleh juga tenangkan fikiran. Ada juga yang memancing, konvoi bermotor dan perjumpaan rakan kelab dan aktiviti seperti sukaneka yang lain. 

Taman permainan untuk kanak-kanak juga ada disediakan. Parking kereta juga sangat luas, boleh memuatkan ramai pengunjung yang ingin berkunjung ke Pantai Bno Bagan Nakhoda Omar Sabak Bernam. Jika ingin riadah santai bila waktu petang sangat sesuai untuk anda berkunjung di pantai bno Sabak Bernam.

Tempat santai yang baik dan sesuai.
  • Pemandangan matahari terbenam Cantik.
  • Makanan terkenal seperti mee udang Bno.
  • Tempat main layang-layang
  • Perjumpaan ahli kelab.
Tag : Jom Makan

Baca : Zaiton laksa Bno Sabak Bernam - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 06 - Santai Riadah150>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon