Ahad, Mac 08, 2015

Zack two ten corner Kuala Selangor

Zack two ten Corner Kuala Selangor - Mencari tempat makan menarik untuk makan malam hari ini, kebetulan saya dan adik berada di Kuala Selangor dalam perjalanan pulang ternampak satu tempat yang menarik, berbumbung daun nipah, dekorasi restaurant keseluruhan diperbuat dari kayu sepenuhnya seperti di zaman dahulu kala. Tempat makan memang unik di kawasan ini. Boleh kata ini satu satu yang berdekorasi unik dan menarik.

Apa kami pesan di zack two ten corner Kuala Selangor

Kuala Selangor
Zack Two Ten Corner - 3PM - 1AM waktu perniagaan

Mee rebus tulang

Zack Two Ten Corner Kuala Selangor
Mee rebus tulang

Adik saya yang pesan, mee rebus tulang. Mee bersama tulang rusuk dimasak seakan mee jawa, tapi rasa daging seakan sup dan ia memang sebati dengan kuahnya yang sedikit manis, rasa yang unik bagi saya mee rebus tulang ini ia memang sangat sedap, lain kali nak try cuba minta kuey tiaw rebus tulang, cuma rasa sedikit kurang pedas dan ia tiada dalam menu, tapi pelanggan  nombor satu betulkan.

Mee kari ketam

Zack Two Ten Corner
Mee kari ketam di Zack Two Ten

Adik saya pesan mee kari ketam, rasa nak makan ketam katanya, mee kari ketam memang memiliki rasa yang tersendiri, kuah sedikit cair tetapi dengan rasa ketam segar buat kuah kari mee ketam ini sedap, cuma susah nak makan isi ketam sebab kulit yang perlu diumpil bagai. Tapi memang mee ketam salah satu menu yang anda perlu cuba, cuma tak puas nak makan sebab mangkuknya kecil.

Asam pedas pari

Zack Two Ten Corner
Asam pedas pari spesial

Kempunan asam pedas ituhari dapat asam pedas kembung sahaja di Asam pedas sungai sembilang. Bukan asam pedas untuk dia yang tengah hot di drama TV sekarang ini. Beza asam pedas di Zack two ten Kuala Selangor ialah kuah asam pedas disini lebih asli berbanding di Sungai Sembilang, sebab ada nampak kelibat daun kesum, rasa pun sedap dan lebih kurang sahaja persamaan dari segi rasa, cuma nasi sahaja cukup keras dan tidak lembut seperti di Klasik Ent Asam Pedas. Nasi diberi banyak, cukup kenyang. Lain masa nak cuba menu lain pula.

Selain dari itu lempeng juga ada di Zack Two Ten Corner Kuala Selangor, cuma berharga RM2.00 sahaja dan cicah sambal bilis. Sate juga ada dalam menu hidangan, ternampak diluar tengah bakar sate.

Pengalaman kami yang tidak lupa dalam kenangan.
  • RM29.00 tiga orang makan, harga murah dan berpatutan, kami pesan menu seperti diatas siap dengan air. 
  • Dibuka jam 3pm-1am, makan malam disini sesuai untuk anda cuba dan rasa, recommended.
  • Wifi tiada, kalau nak layar Internet guna mobile data sendiri..kalau
  • Banyak hidangan jenis set, sangat sesuai bagi famili dan bawa keluarga untuk makan disini.
  • Dekorasi yang cantik dan unik buat pengunjung menarik untuk datang lagi disini. Tempat duduk khas dan ada yankg tempah tempat duduk lagi dari awal.
  • Lokasi tepi jalan, mudah untuk yang ingin singgah disini
  • Tag: Job Makan
Baca: Zack Two Ten Corner Kuala Selangor - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 05 - Santai Riadah149>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon