Selasa, Mac 24, 2015

Usahakan kuih raya - Jurutera letak jawatan

SUNGAI PETANI, 22 Julai - Seorang jurutera Mohd Nasir Said, 40, sanggup meninggalkan kariernya semata-mata untuk menceburi perniagaan menghasilkan biskut raya dan kuih raya.

Mohd Nasir, bekas jurutera sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Berteknologi Tinggi (KHTP) Kulim telah meletak jawatan April lalu untuk membantu isterinya sepenuh masa bagi memenuhi permintaan pelanggan terhadap kuih raya keluaran syarikat mereka.

Katanya dia nekad menceburkan diri dalam bidang yang telah dimulakan isterinya, Salwati Radzi, 40, sejak lima tahun lalu kerana yakin bidang itu lebih cerah dan terjamin.

"Dulu saya dan isteri masing-masing bekerja makan gaji, tetapi isteri saya telah buat keputusan meletak jawatan dan mula membuat aneka biskut raya dan kek setiap kali menjelang hari raya," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya ketika masih bekerja di kilang, isterinya menyediakan kuih yang dipesan pelanggan dengan bantuan pekerja sambilan terdiri daripada jiran-jiran sekitar kawasan kediaman mereka di Kulim.

Sementara itu, Salwati berkata sejak Mei lalu mereka telah menyediakan 15 menu biskut yang menjadi kegemaran pelanggan antaranya kashmir delight, almond roca, coffee bless, golden crunch, almond London dan toasted chestnut.

"Bukan mudah nak menyediakan lebih 700,000 keping biskut dalam tempoh sebulan, tetapi berkat ketekunan bersama 20 pembantu ia mampu dihasilkan. Kami telah mula menyediakan pelbagai biskut sejak Mei lalu dan bekerja selama 14 jam setiap hari.

"Usaha ini dijalankan dengan tangan semuanya tanpa menggunakan mesin seperti di kilang-kilang," katanya.

Mengenai masa depan, Mohd Nasir dan isteri merancang untuk melebarkan pasaran mereka ke negeri-negeri lain selain Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

"Tahun depan kami mensasarkan untuk mendapat tempahan sejuta keping biskut dan kek dan kami akan meningkatkan mutu cita rasa kuih keluaran kami.

Sumber: Bernama

Tag : Berita

Baca : Usahawan kuih raya - Jurutera letak jawatan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 98 - Matlamat 162>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon