Khamis, Mac 12, 2015

Tentang produk rempeyek

Info serta resepi bagi rempeyek

Tentang produk rempeyek - Dalam kepelbagaian kami di Ina Murni Enterprise berlokasi di Sungai Besar pembekal dan menjual Aneka kerepek serta memberi sedikit info cara pemprosesan kami mengenai penghasilan kami membuat 'rempeyek'.

Sedikit info rempeyek

Tentang rempeyek ialah salah satu makanan tradisi yang sedap dan rangup seperti keropok, diatasnya ada kacang tanah, kacang dal, ikan bilis dan sebagainya. Sangat sesuai jadi kudapan di waktu petang dan waktu santai seperti berkelah atau untuk jamuan sambutan hari raya dan sebarang perayaan atau majlis anjuran anda. Sebab itu telah ia menjadi Rempeyek kuih 1 Malaysia pilihan semua.

Contoh gambar mini rempeyek >

Tentang produk resepi rempeyek
++ Gambar Mini rempeyek sedia untuk dihidang

Rempeyek adalah salah satu kesukaan saya kerana mempunyai rasa sedikit pedas dan  ada seperti sedikit juga berperisa bilis dan berempah, sesuai sebagai kudapan untuk sebarang majlis dan boleh juga dijadikan cenderahati doorgift dan goodies bag kahwin serta perayaan sebagainya. Baca juga tentang berita Usahawan Rempeyek Mini yang berjaya. Kami ingin berkongsi serba sedikit cara membuat rempeyek dan dibawah ada sedikit info tentang resepi mudah membuat rempeyek sedap lagi rangup, kalau anda hendak lagi senang cuma beli sahaja dari kami.

Cara buat resepi rempeyek

bahan bahan rempeyek - A
  • 1 1/2 bungkus tepung beras - lebih kurang la..
  • 800ml santan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu garam
  • 1/2 sudu kapur makan - bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu kecik gula
  • 1 kilo kacang tanah - kalau perlu di jemur terlebih dulu.
bahan bahan untuk di kisar B
  • 2 sm ketumbar
  • 2 sm jintan manis
  • 2 sm jintan putih
  • -sangai terlebih dulu-
  • 2 btg serai
  • 2 biji bawang putih
  • ikan bilis - ikut suka keperluan
  • asingkan sedikit ikan bilis tanpa di kisar untuk di masukkan ke adunan.
cara buat rempeyek
1. campurkan bahan A dan bahan B kacau hingga semuanya larut dan rata, masa bancuh adunan kena hati-hati takut kalau pekat sangat nanti jadi tebal tidak rangup, jika cair sangat boleh jadi nipis, tidak sedap jadi kena agak ia tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
2. ambil mangkuk kecil,sendukkan sedikit adunan tepung,masukkan kacang tanah dsn ikan bilis - gaul hingga cukup rata.
3. bila kuali sudah panas boleh mula menggoreng.
4. Selanjutnya goreng rempeyek tadi dengan minyak yang penuh dan panas sehingga warna seakan kekuningan dan coklat kemudian toskan, sedia untuk dihidang.

Itulah serba sedikit info tentang rempeyek yang kami ingin kongsi.

Tempahan rempeyek disini

Jika ingin membuat tempahan rempeyek untuk majlis tertentu atau perayaan boleh klik link kami di sini HUBUNGI. harga yang kami tawarkan sangat berpatutan dan sesuai bagi sesiapa yang ingin memborong dari kami. Jika ingin dapat tawaran hebat, Sila kunjungi link ini - Rempeyek Mini Kacang Tanah

Rempeyek Mini Kacang Tanah Info :
Berat Dan Pakaging 
Jumlah
Harga
Rempeyek Mini 5 kg
1 BundleRM85.00
Rempeyek Mini 1 kg
1 PekRM19.00
Rempeyek Mini 500 gm
1 PekRM10.00
Rempeyek Mini Pek Kecil
1 Pek
RM-


Jualan : - Rempeyek Mini
Label : - Rempeyek

Selamat datang ke inamurni semoga perkongsian dari kami membawa sedikit manfaat.

Tag : Info

Baca: Tentang produk rempeyek - INA MURNI ENTERPRISE

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon