Selasa, Mac 17, 2015

Tentang produk popia mini

Info serta resepi bagi popia mini

Dalam kepelbagaian kami di Ina Murni Enterprise berlokasi di Sungai Besar pembekal dan menjual Aneka kerepek serta memberi sedikit info cara dan resepi pemprosesan kami mengenai penghasilan kami berkenaan popia mini.

Sedikit info popia mini

Tentang popia mini diberi gelaran tetapi kenapa ia diberi nama popia mini disebabkan diperbuat dari kulit popia yang asli, yang membezakan cuma saiz popia mini sangat kecil jika dibandingkan dengan popia biasa. Sangat sesuai dijadikan juadah perayaan dan kudapan dll.

Contoh gambar popia mini

gambar popia mini
Gambar.. Popia mini

Resepi popia mini dan cara buat

Bahan Bahan popia mini
  • 100gm kelapa parut
  • 100gm udang kering
  • 6 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 10 tangkai cili kering ~ kalau nak pedas tambahkan cili 
  • ketumbar,jintan manis & jintan putih ~ secukupnya.
  • gula secukup rasa
  • air asam jawa & garam

Cara penyediaan inti popia mini
  • Kelapa disangan/disangai dan di ramas.
  • Udang kering ~ di cuci,toskan,di sangan,kemudian di blender.
  • bawang merah,bawang putih,cili kering,ketumbar,jintan manis dan jintan putih ~ kesemuanya di blender.
  • selepas itu boleh di tumis ~ masukkan gula dan air asam jawa secukup rasa,
  • masak sehingga kering..
  • kemudian masukkan udang kering dan kelapa td. selepas masukkan udang kering,kalau tidak masin bolehlah masukkan garam sedikit.
  • gaul rata dan masak sampai kering.
  • Setelah serunding siap,bolehlah mulakan proses menggulung.
  • bancuhkan sedikit tepung gandum,untuk di sapukan di hujung kulit popia supaya melekat.
  • selepas siap menggulung boleh buat proses menggoreng.

Proses menggoreng popia mini
  • Selanjutnya goreng popia mini tadi dengan minyak yang penuh dan panas sehingga warna seakan kekuningan dan coklat kemudian toskan, sedia untuk dihidang. Itulah serba sedikit info tentang popia mini yang kami ingin kongsi.

Tempahan popia mini

Jika ingin membuat tempahan popia mini untuk majlis tertentu atau perayaan boleh klik link kami di sini HUBUNGI.

Harga popia mini

Harga yang kami tawarkan sangat berpatutan dan sesuai bagi sesiapa yang ingin memborong dari kami.

Harga ... Belum update

Selamat datang ke inamurni semoga perkongsian dari kami membawa sedikit manfaat.

Tag : Info

Baca: Tentang produk popia mini - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 03 / 13 - Matlamat 153>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon