Rabu, Mac 25, 2015

Soto Sungai Serdang, Kapar

Soto Sungai Serdang, Kapar - Makan lagi, selagi ada selera makan dan kali ini perkena soto pula, azam untuk bulan hadapan untuk kurangkan makanan diluar, jadi rajinkan diri untuk masak. Jom makan kali ini di lokasi Warung Soto Sg Serdang, Kapar.

Lokasi Warung Soto Sungai Serdang, Kapar

lokasi soto sungai serdang
Peta lokasi Soto Sungai Serdang

Terletak di Kampung Sungai Serdang dan bersebelahan sahaja dengan Kg Tok Muda, Baca juga review saya makan mee hoon sup di D'Maya Cafe Kg Tok Muda, Kapar. Terletak di persimpangan Jalan Melati, tidak jauh dari masjid dan juga kolam pancing, tempat ini sedikit tersorok tetapi terkenal oleh orang luar dan kebiasaan bagi penduduk setempat. Terletak hanya 3 kilometer dari Pekan Kapar. Baca juga pengalaman kami singgah makan di Asam Pedas Sungai Sembilang di Jeram Selangor.

Menu cuma Soto

hidangan soto ayam
Gambar..Soto Sungai Serdang, Kapar

Soto Sungai Serdang, Kapar - Ada yang suka makan soto tapi ada yang tidak, bagi saya biasa sahaja.. Tidak terlalu minat, sesuai untuk makan petang. Ayam digoreng berempah dan diracik kedalam sup berserta soon goreng tatapi terlalu banyak minyak diatasnya, jadi sedikit muak..campuran kacang tanah berserta nasi impit dan jika ingin pedas boleh campur sambal kicap yang telah disediakan. Harga pula bagi hidangan mangkuk besar RM5.00 dan hidangan mangkuk kecil pula RM4.00. Sup cukup rasa tetapi bagi yang ingin pilihan makanan disini tidak sesuai anda datang kesini.

Perlahap hingga licin mangkuk

sisa soto sungai serdang
Admin sudah kenyang, alhamdulillah

Kalau anda makan soto akan rasa cepat kenyang tetapi selepas itu anda akan rasa cepat lapar. Itu kebiasaan bila kita makan nasi impit. Teringat nasi impit bila makan Satay Hut, Tanjung Karang dan memang terbaik rasa daging ayam berempahnya. Soto Sungai Serdang sudah lama beroperasi tetapi setakat ini belum diketahui cawangan, cuma ada di Sungai Serdang, Kapar.

Pandangan depan Warung Soto Sungai Serdang, Kapar

soto sungai serdang
Hadapan Warung Soto Sungai Serdang

Warung sangat biasa, tidak mahu apa yang nak diperkatakan, cuma waktu petang masa saya datang kurang pengunjung, mungkin ramai bila waktu masa tengahari, waktu rehat dan makan. Bosan makan kesorangan dan biasa berteman jadi sini sahaja pengalaman saya makan Soto Sungai Serdang, Kapar.

Tag : Jom Makan

Baca : Soto Sungai Serdang, Kapar - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 09- Santai Riadah164>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon