Ahad, Mac 22, 2015

Satay Hut, Tanjung Karang

Satay Hut, Tanjung Karang - Teringin nak makan Satay yang sedap dan terkenal hanya di Satay Hut dan sudah semestinya ialah tempat yang dituju untuk jom makan untuk kali ini berlokasi di daerah Tanjung Karang, Selangor. Tempat ini mudah ditemui dan mempunyai google maps jika anda ingin berkunjung kesini boleh sahaja search di Google dengan keyword - Satay Hut.

Google Maps Satay Hut, Tanjung Karang

Google Maps Satay Hut
Gambar.. Google Satay Hut

Kami bertiga bertolak dari Pekan Kapar menuju ke Tanjung Karang mengambil masa selama 30 minit untuk menuju ke restaurant yang sangat terkenal dengan Satay Hut fomous yang diwarkan satay paling sedap di daerah ini, mempunyai sangat ramai hingga sesak dengan pengunjung yang ingin menikmati satay segar.

Suasana malam Satay Hut, Tanjung Karang
Suasana malam Satay Hut
Gambar..dihadapan Satay Hut malam hari

Selalu pulang ke kampung tetapi tidak pernah untuk singgah, selalu sahaja kelihatan agak sesak dan ramai pengunjung pada setiap malam, menunjukkan tempat ini sangat digemari ramai, Satay Hut menjadi tarikan untuk saya dan adik untuk mencuba sendiri rasa keunikan dan kesedapan rasa asli bagi satay hut.

Pernah makan Satay Kajang yang terkenal juga dan kali ini untuk rasa kelainan dan untuk mencuba pula satay disini. Bagi pengunjung ingin ke sini sangat mudah, hanya ditepi jalan besar antara bandar Kuala Selangor dan juga bandar Sekinchan. Kenapa diberi nama satay hut? Mungkin bermaksud panas dan cepat.

Gambar kami order Satay Hut dibawah

Hidangan satay hut
Hidangan Satay Hut kami malam ini

Satay hut yang kami tempah
20 cucuk satay kecil dan 10 cucuk satay besar, 5 nasi impit kami order untuk makan seramai 3 orang, satay disini super besar, memang puas hati dan sesuai dengan harga. Rasa Satay Hut meresap dengan perapan bumbu berempah dan rasa manis sate, kuah kacang juga tidak terlalu pedas tapi sangat sedap bila dihidangkan bersama sate hut yang panas. Dibakar sempurna ia tidak terlalu garing, masih berjus dan rasa lembut bila dikunyah, cuma disini tiada satay daging, jika ada tentu ia sangat menarik bagi pilihan pengunjung.

Harga Satay Hut, Tanjung Karang

Harga Satay Hut
Senarai Harga Satay Hut, Tanjung Karang

Senarai harga satay hut

Harga bagi Satay Hut seperti tertera dibawah.
  • Satay Kecil - RM0.80 sen
  • Satay Besar -  RM1.60 sen
  • Nasi impit - RM0.50 sen
  • Ketupat - RM0.60 sen
Tempat bakar Satay Hut, Tanjung Karang

Tempat bakar satay hut
Tempat bakar Satay Hut

Tempat bakar satay hut juga sangat panjang bagi mempercepat proses tempahan, boleh bakar beratus cucuk untuk sekali bakar.

Menikmati rasa Satay Hut, Tanjung Karang

Menikmati satay hut
Menikmati Satay Hut

Tempat makan selesa, mempunyai ruang yang cukup luas, parking kereta juga disediakan, ada tandas serta juga surau dan kolam ikan serta dekorasi juga sangat menarik serta meriah dengan kehadiran ramai pengunjung. Kami makan satay hut tanpa toleh kiri dan kanan hmm.

Lagi gambar dibawah ini bersama kuah kacang, sos cicah untuk satay, memang terbaik khabar hang..

Cicah jangan tak cicah satay

Cicah kuah kacang di Satay Hut memang terbaik

Sedikit sahaja gambar dan review kami ingin kongsi di Satay Hut, Tanjung Karang ini, semoga pengalaman kami, menjadi sejarah pertama kami disini.
  • Total semua RM 39.40
  • Tempat memang selesa
  • Wifi tak pasti, lupa nak cek
  • Sangat terbaik, bagi yang ingin makan satay
Tag : Jom Makan

Baca : Satay Hut, Tanjung Karang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 07- Santai Riadah156>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

2 comments

selalu makan tapau aje, tak penah lagi makan dekat restoran
mungkin lain kali boleh cuba makan dekat situ plak
tapi memang betul bab rasa dia
memang sedap sangat walau besar dari biasa =)
puas hati mkan

p/s-saya membalas kunjungan =)

Saya pon baru pertama kali makan di satay hut.. memang ramai orang.. thank

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon