Ahad, Mac 08, 2015

Moran Korean Setia City Mall

Moran Korean Setia City Mall - Hari ini teringin mahu makan menu yang hot dan panas serta berasap bagi pilihan terbaik yang unik iaitu Korean food sekali lagi. Hari ini memang saya ada urusan disini yang perlu untuk saya selesaikan.

Jom makan saya di Moran Korean Setia City Mall tempat yang saya tuju kali ini, berlokasi di Setia Alam Shah Alam  food channel Setia City Mall tingkat 3, dibahagian atasnya terletak panggung wayang gsc cinema. Sebelum ini ada cerita pengalaman kami Jom makan di Dubu Dubu Nu Sentral KL urban Korean food style ala ala Korea yang kami kongsikan baru-baru ini.

Tempat makan Moran Korean Setia City Mall

Food Channel Setia Alam
Moran Korean di Setia City Mall

Kawasan tempat makan juga sangat luas, boleh pilih dimana anda rasa sangat sesuai untuk duduk atau membuat pilihan menu juga yang pelbagai disini bagi pilihan Jom makan di Food Cannell Setia City Mall.

Antara pilihan untuk makan di food channel setia city mall seperti dibawah.
  • Jom coffee
  • Moran korean
  • Ayam penyet
  • Magic wok
  • West sizzling
  • Pots n plates
  • Fruit channel 
  • Drink channel
  • Noodlesstime
  • Lunar sizzling
  • Lunar chicken rice
  • Ani sup utara

Menu saya pula kali ini di Moran Korean Setia City Mall - Dolsot bee beem bab beef

Food Channel Setia City Mall
Dolsot Bee Beem Bab Beef

Hidangan dalam stown bowl nasi, ada bawang besar, campuran seperti lobak di racik,tauge,rumpai laut,sayur hijau yang lain bersama telur separuh masak dan daging serta sos Korea diatasnya. Cara nak makan dolsot bee bim bab beef ialah kena gaul supaya ia tidak akan berkerak kerana stone bowl ini sangat panas, disediakan juga sup untuk basahkan tekak anda yang panas. Segar dan sup ini sedikit tawar dan biasa sahaja.

Food Chanel SetIa City Mall
Gaulan Dolsot Bee Beem Bab Beef

Yang bagusnya stone bowl ini memastikan hidangan dolsot bee bim bab beef ini panas sedikit lama, sangat sesuai bagi yang suka makanan yang panas didalam batu. Sos Korea juga sedap dan tidak terlalu pedas lagi digaul sebati campuran bersama nasi,daging dan campuran sayuran. bagi saya menepati citarasa dan sedikit pedas tetapi tidak terlampau pedas, nasi sedikit jadi kerak kerana panas. Nak makan kena perlahan takut nanti melecur mulut.Sudah kenyang tiba waktu nak balik, hari ini hari Sabtu, parking kereta kena bayar walaupun sekejap, banding hari biasa isnin-jumaat percuma parking kereta untuk tiga jam.

Setia City Mall
Tempat makan di Food Channel Setia City Mall

Harga pula RM10.80 untuk satu hidangan, air minuman boleh beli di drink channel. harga sederhana, tak murah sangat.
  • Itu sahaja cerita serba ringkas cerita Jom makan yang ingin dikongsi.
  • Review makanan Korean food urban style kali kedua.
  • Tempat selesa, yang tak best..  Wifi tiada.
  • Order makanan dan minuman tempat berasing.
  • Tempat duduk pelbagai, boleh pilih kesesuaian.
  • Menu di Moran Korean Setia City Mall juga ada ramyeon.

Tag: jom makan

Baca : Moran Korean Setia City Mall - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 04 - Santai Riadah148>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon