Rabu, Mac 25, 2015

Lebih banyak IKS dijangka guna IT

Berita - Lebih banyak IKS dijangka guna IT

KUALA LUMPUR 15 April - Lebih banyak syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan dijangka menggunakan teknologi maklumat (IT) dalam masa terdekat ini.

Pengarang MSCTimes.com, Shufiyan Shukur berkata, biarpun ekonomi Amerika Syarikat sedang merosot dan menjejaskan IKS tetapi mereka dijangka masih sanggup berbelanja sedikit untuk mengguna pakai IT dalam operasi bagi meningkatkan daya saing.

``Ini kerana mereka mulai sedar tentang keperluan mempunyai operasi cekap bagi mengurangkan kos operasi untuk berdepan dengan kelembapan ekonomi AS,'' katanya di sini di sini, hari ini.

MSCTimes.com terlibat dalam kegiatan penulisan berita perkembangan Koridor Raya Multimedia (MSC) menerusi talian dengan menjuruskan kepada isu-isu berkaitan MSC dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Menurut Shufiyan, kajian yang dilakukannya mendapati hanya 30 peratus daripada syarikat IKS tempatan menggunakan IT dalam operasi mereka.

Baca juga Usahawan IKS Malaysia perlu celik IT

``Bagaimanapun, pengusaha portal perniagaan ke perniagaan (B2B) menganggarkan hanya 15 peratus pengusaha IKS menggunakan IT dalam pengurusan dan ini jauh lebih rendah daripada anggaran kajian itu,'' ujar beliau.

Shufiyan berkata, sesebuah syarikat mampu menjimat kos operasi antara 10 hingga 15 peratus sekiranya mereka menggunakan IT.

Katanya, keberkesanan penggunaan IT juga terbukti apabila kebanyakan syarikat yang mencatatkan keuntungan ketika ekonomi lembap ialah syarikat yang memberi tumpuan terhadap penggunaan teknologi terkini itu.

Jelasnya, syarikat IKS tempatan juga tidak akan dapat mengelak untuk meningkatkan kecekapan mereka pada masa depan bagi membolehkannya menghadapi pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) pada 2003.

``Oleh itu, apa yang kita mahu lihat ialah Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) memberi tumpuan terhadap ahlinya supaya menggunakan IT,'' ujarnya.

Kata Shufiyan, kebiasaannya, syarikat IKS tempatan menggunakan IT kerana mereka melakukan urus niaga dengan syarikat multinasional.

Bagaimanapun, kata beliau, bagi syarikat IKS yang tidak berurus niaga dengan syarikat multinasional, penggunaan IT sering dilupai.

Shufiyan menggesa pengurusan syarikat tempatan supaya lebih terbuka dalam membuat kenyataan dan mereka perlu mengikis sikap takut untuk mengeluarkan kritikan-kritikan terhadap MSC.

``Sebenarnya, kritikan-kritikan membina ini yang akan membantu membangunkan MSC pada masa depan,'' kata beliau.

Shufiyan berkata, kritikan kini datangnya dari syarikat-syarikat asing sedangkan kebanyakan daripada idea itu sebenarnya berasal daripada pengusaha tempatan.

Sumber: Utusan online

Tag: Berita

Baca : Lebih banyak IKS dijangka guna IT -INA MURNI ENTERPRISE

Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 99 - Matlamat 165>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon