Khamis, Mac 26, 2015

Jualan kuih tradisi lumayan

Berita - Jualan kuih tradisi lumayan
Hayani Azrari (kiri) dan pembantunya sedang sibuk menyiapkan kuih bahulu di bengkelnya di Kampung Jalong, Sungai Siput, semalam.
- Gambar TAJUL SAFUAN ABU HASSAN

SUNGAI SIPUT 23 Sept. - Penyediaan kuih dan biskut tradisional negeri Perak kini bukan sekadar untuk disajikan semasa Hari Raya Aidilfitri tetapi ia kini muncul sebagai makanan sepanjang musim.

Kemunculannya dapat bertahan begitu lama hasil daripada ciptaan serta pengubahsuaian resipi baru supaya ia terus diminati sebagai bahan sajian untuk dinikmati sesiapa sahaja.

Bagi Hayani Azrari, 30, beliau menyediakan lebih 16 kuih tradisional asli sepanjang masa sejak 14 tahun lalu dan sehingga kini ia terus mendapat permintaan yang semakin bertambah.

Katanya, antara kuih tradisional asli Melayu yang popular ialah kuih bakar, baulu, rempeyek, tumpi, kueh siput, kerepek dan pelbagai lagi.

Beliau berkata, setelah begitu lama berkecimpung dalam perusahaan tersebut, pelbagai usaha dicetuskan untuk menghasilkan kuih tradisional yang lebih bermutu dengan memasukkan adunan-adunan terbaru.

"Bagi kuih bakar sahaja saya mencipta beberapa resipi baru seperti kuih bakar dengan perasa strawberi, coklat dan pandan berbanding kuih bakar berwarna putih yang sudah dikenali sebelum ini.

"Apa yang menarik lagi tentang kuih bakar yang dihasilkan ini ia mudah cair, gebu, lazat dan boleh dimakan begitu sahaja dan menjadi makanan ringan sepanjang musim," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini hari ini.

Hayani yang mengusahakan bersama keluarganya dengan jenama 'Sri Ayunie' membuat kuih-muih tradisional ini hasil bimbingan Jabatan Pertanian Malaysia.

Oleh kerana ciptaan kuih bakarnya yang menarik dan lazat beliau mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kuih tradisional Melayu peringkat kebangsaan yang diadakan di sini baru-baru ini.

Katanya, beliau mempelajari resipi ini yang diwarisi daripada saudaranya sejak 16 tahun yang lalu dan kini beliau menghasilkan secara sepenuh masa mengeluarkan kuih-muih tersebut.

Beliau berkata, selain mengusahakan sendiri beliau juga turut memasarkan produk-produk yang diambil daripada pengusaha lain.

Hayani berkata, semasa musim perayaan Aidilfitri ini, beliau menghasilkan sebanyak 3,000 hingga 4,000 paket kuih itu sehari untuk dipasarkan ke seluruh negara.

Katanya, sepanjang Aidilfitri ini beliau menjangka dapat menghasilkan sebanyak 80,000 hingga 100,00 paket kuih untuk dipasarkan ke seluruh negara.

"Kita dapati kuih tradisional ini mendapat permintaan yang menggalakkan asalkan kita mengekalkan kualiti yang baik kerana pengguna kini sangat mementingkan kualiti serta keunikan produk," katanya.

Ketika ditanya langkah yang diambilnya bagi membendung kenaikan bahan mentah seperti tepung, minyak dan keperluan lain untuk pembuatan kuih, beliau berkata, apa yang penting ialah mengekalkan kualitinya.

Katanya, walaupun harga bahan mentah telah meningkat antara 30 hingga 40 peratus, namun kualiti perlu dijaga tetapi harga tidak akan dinaikkan.

"Apa yang dilakukan ialah mengurangkan sedikit kuantiti supaya semua pihak merasakan keenakan kuih tradisional ini," katanya.

Untuk keterangan lanjut mengenai kuih tradisional Sri Ayunie boleh menghubunginya di 61 Kampung Jalong, Sungai Siput Utara Perak. Tel 05-597 1429 atau 019-4771 283.

Sumber: Utusan online

Tag: Berita

Baca : Jualan kuih tradisi lumayan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 103 - Matlamat 171>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon