Isnin, Mac 30, 2015

IADA majukan pertanian barat laut

Berita - IADA majukan pertanian barat laut Selangor

KAWASAN Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) yang dahulunya dikenali sebagai Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) atau Projek Barat Laut Selangor dilancarkan pada 6 Jun 1978.

Ia adalah satu projek pembangunan melibatkan daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam merangkumi keluasan asal 80,000 hektar kawasan tanaman kekal seperti kelapa, kelapa sawit dan lain-lain serta 20,000 hektar tanaman padi.

Bagaimanapun menurut Pengarah IADA, Abdul Hamed Bakir, semenjak Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7), tumpuan pembangunan hanya kepada tanaman padi sahaja.

Kata beliau, kawasan IADA mula ditanam dengan padi pada tahun 1936 setelah Jabatan Pengairan dan Saliran membina sebuah saliran terkawal di Panchang Bedena yang kemudiannya dikenali sebagai Kawasan Skim Pengairan Tanjung Karang.

“Beberapa infrastruktur asas seperti ibu empangan, tali air, parit dan struktur kawalan telah dibina pada tahun-tahun berikutnya. Pada 1962, tanaman padi dua kali setahun telah diperkenalkan dan keseluruhan kawasan skim telah mula menanam dua kali menjelang tahun 1966,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Jelas beliau, objektif utama IADA ialah untuk membangun sebagai kawasan tanaman padi dan zon makanan keperluan.

“Ia juga bertujuan meningkatkan purata pengeluaran hasil padi kepada 7.5 tan sehektar untuk satu musim. Meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran padi bagi membantu menyumbang kepada pengeluaran padi ke arah 90 peratus pengeluaran padi negara kepada 127,300 metrik tan semusim atau 254,660 metrik tan setahun menjelang 2010,” jelasnya.

IADA juga, jelas beliau, bertujuan meningkatkan pendapatan pesawah kepada sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan hasil penanaman padi melalui penggunaan sumber atau input secara efisien dan menjalankan aktiviti sampingan.

Jelas beliau, bagi tujuan-tujuan tersebut, IADA dilengkapi dengan infrastruktur ladang bertaraf dunia seperti tali air utama sepanjang 34.58 kilometer (km), tali air kedua (26.62km) dan tali air ketiga konkrit (525.92km), parit (663km), jalan ladang (1,178km), ban sungai (8.6km) dan pelbagai struktur lain.

“Dengan adanya infrastruktur bertaraf dunia, sikap positif petani dalam mengendalikan ladang mereka secara komersial, pengurusan air sistematik, amalan agronomi tepat serta penggunaan jentera yang maju telah mewujudkan jelapang padi yang mengeluarkan hasil purata tertinggi di Malaysia,” jelasnya.

Kata Abdul Hamed, IADA memperlihatkan peningkatan hasil yang ketara iaitu sebanyak 4.8 juta tan sehektar semusim atau hampir 200 peratus yang dicapai sekarang iaitu 7.3 metrik tan sehektar semusim berbanding 2.5 metrik tan sehektar semusim pada 1977.

Peningkatan hasil itu, kata beliau, telah meningkatkan pendapatan purata petani dari RM238 sebulan pada 1977 kepada RM1,326 sebulan pada tahun 2006.

“Dengan peningkatan pendapatan ini juga berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di kawasan barat laut Selangor dari 67 peratus sebelum IADA (sebelum 1977) kepada hanya 0.26 peratus pada tahun 2003,” katanya.

Kata Abdul Hamed, IADA juga menjadi penyumbang kepada peningkatan kualiti dan kuantiti pengeluaran padi serta beras negara.

Ia sekali gus melonjakkan tahap sara diri (SSL) kepada 90 peratus menjelang 2010 dengan menyasarkan pengeluaran padi yang lebih tinggi.

Jelas beliau, IADA memiliki banyak impak pembangunan yang positif yang lain selain membasmi kemiskinan di kalangan petani di kawasan barat laut Selangor.

Sumber: Utusan online

Tag : Berita

Baca : IADA majukan pertanian barat laut - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 107 - Matlamat 176>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon