Isnin, Mac 02, 2015

Dubu Dubu Nu Sentral KL

Urban Korean Food Dubu dubu Nu Sentral KL - Teringin sangat hendak makanan ala Korean food style, kali ini kami jalan-jalan ke KL, jadi mencari tempat makan tengahari yang berhampiran KL Sentral iaitu didalam bangunan baru yang kami tuju di sini Dubu Dubu Nu Sentral KL berlokasi di tingkat 4 bersebelahan sahaja dengan makanan segera Mc Donald di atas berhampiran sangat dengan GSC cinema, boleh juga hendak tengok wayang sekali.

Enjoy! Dubu Dubu

Enjoy at Dubu Dubu
Antara menu di Dubu Dubu Nu Sentral KL

Bukan pertama kali saya makan makanan korean food, selalu juga makan Dolsot Bee Beem bab beef di Moran Korean Setia City Mall berserta nasi dalam bekas bowl panas campuran daging serta sayuran memang cara Korean food style, salah satu menu pilihan saya dan kali ini hendak cari kelainan sedikit dari menu kebiasaan diatas.

Tempat makan sangat menarik dan selesa untuk diduduki, ada skrin tv siaran kpop dan artis korea beraksi menghiasi dinding, joget2 sambil menyanyi serta berhibur macam berada di negara korea pula, Selamat datang @ Ma-ni du-se-yo itulah sedikit gambaran ayat manja sambutan di Urban Korean food di Dubu dubu Nu Sentral KL.

Ruang makan juga selesa di Dubu Dubu

Suasana di Dubu Dubu
Kami dapat sudut tepi, layan Korean Food..d

Sebelum masuk ke Dubu dubu Nu Sentral KL di luar kaca restaurant terpampang makanan dan contoh yang ingin kami membuat pilihan nanti berserta dengan harga. Lihat sahaja model hiasan sudah ingin mencuba tapi kena beringat harga boleh tahan mahal, tapi suasana tempat dalaman dan hiasan menarik hati kami.

Bila kami lihat gambaran makanan sahaja sudah terliur sangat hendak masuk makan, jom makan kali ini cara Urban Korean Food style bagi sesiapa yang ingin mencuba kelainan rasa selera makanan orang luar negara pula.

Menu jom makan kami di Dubu Dubu Nu Sentral KL, kami order.
Korean Spicy Wings @ Dubu Dubu
Menu pertama Korean Spicy Wings @ Dubu Dubu
  • Korean Spicy Wings ( 2 winglets & drummets )
  • Kimchi
  • 1 banchan ( side dish) of the day
  • Dubu Dubu rise
Hanya berharga RM19.90, ayam goreng spicy Korean sangat rangup dibaluti sos lekat merah manis dan sedikit sahaja rasa pedas, tapi rasa memang tip top sebab bahagian kepak dan peha daging ayam di perap sempurna.

Kimchi pedas dan rasa sedikit masam, memang itu rasa biasa bagi jeruk sayur ala Korean. Sup macam sayur bening didalam isinya tauhu dan telur barangkali.

Ramyeon Seafood @ Dubu Dubu
Menu kedua Ramyeon Seafood @ Dubu Dubu

Mee dan makanan laut ala Korea ia sangat pedas ia sedap perisa makanan laut seperti udang, lala dan dihidangkan panas, kuah lain dari yang kebiasaan kami makan. Adik cakap kesukaan Naruto, ehh bukan Ramen Jepun ke?o

Kuah Ramyeon juga berisi sejenis rumpai laut, mee biasa je.. Macam maggi je rasa dan rupanya dan telur rebus juga. Harga Rameon satu RM16.90 dengan mangkuk besar dan sangat berbaloi je rasa.

Air disini mahal, tidak banyak pilihan di Dubu Dubu Nu Sentral KL, kami pesan air green tea ais 2 hidangan, tanpa gula rupanya. Lagi satu ginger ais untuk saya, bekas air juga sangat menarik hati, dari balang kaca. Lagi pula rasa perut kembung, itu sebab saya pilih.

Bil at Dubu Dubu
Ambil kau bil, sila bayar

Masa paling tidak seronok bila dapat tengok bil, ambil kau..RM78.40 je.. Siap campur tax, harga macam ni kalau makan di kedai mamak mau terlentang kekenyangan.Tapi rasa ingin mengubah selera ingin jadi orang Korea pula, sedikit mahal, kalau sekali-sekala tidak mengapa.
  • Rasanya tidak mengecewakan, berpuas hati dari segi makanan.
  • Ada wifi free di Dubu Dubu Nu Sentral kalau nak lepak lama-lama pun boleh.
  • Tempat selesa, lagi-lagi sangat sesuai bagi orang yang tengah gila kpop juga.
  • Layanan juga cepat dan bagus.
  • Halal sudah pasti dijamin.
  • Banyak juga cawangan lain sekitar Kuala Lumpur.
Tag: Jom Makan

Baca: Dubu Dubu Nu Sentral KL - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 03 - Santai Riadah143>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

4 comments

Sana sini tengok korean food..mcm kene rasa jgk ni..hehe

Sedap makan kat dubu dubu korean food.. cubalah

nk tnye.. sy pernah mkn jgk kt nu Sentral tapi boleh ke bungkus?

Maaf, saya tidak pasti pula boleh bungkus ke tidak.

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon