Selasa, Mac 24, 2015

D'Maya Cafe Kg Tok Muda, Kapar

D'Maya Cafe Kg Tok Muda, Kapar - Malam hari ingin mencari tempat santai dan makan malam, Jom makan saya untuk kali ini mencari makanan yang simple, senang dan mudah serta tidak terlalu berat seperti mee hoon sup, sudah lama tidak rasa makan mee hoon sup, jadi malam ini teringin sangat pula. Jadi saya dan adik hanya pergi ke Kg Tok Muda, Kapar.

Lokasi D'Maya Cafe Kg Tok Muda, Kapar

Lokasi berhampiran dengan Stesen Jana Kuasa Elektrik Kapar Energy, di Kg Tok Muda, ia sangat dan betul berhampiran serta bersebelahan dengan lokasi di Kg Sungai Serdang yang sangat sinonim dan terkenal dengan Warung Soto Sungai Serdang, Kapar yang saya pernah beberapa kali jamu selera dan makan disana. Dari Pekan Kapar hanya ambil masa 10 minit lebih kurang sejauh 3 kilometer sahaja. Baca juga pengalaman kami makan malam di Asam Pedas Sungai Sembilang.

Menu pilihan ialah Mee Hoon Sup

dmaya cafe kg tok muda
Mee hoon sup biasa

Jom makan mee hoon sup panas yang sangat ringkas, campuran telur sebiji dan sedikit daun sup, bawang goreng, fishcake dan sebagainya. Rasa mee hoon sup yang ringan tidak terlalu banyak minyak, cukup ada rasa pedas lada putih dan rempah lainnya. Cuma ia terlalu ringkas dan dengan harga RM3.50 semangkuk, tiada sambal kicap, kurang ummp.. tidak terlalu mahal cuma kurang isi, tiada rasa potongan daging ayam dan rasa stok serta perisa lainya.

Tempat makan dan dekorasi

dmaya cafe kg tok muda
Siap ada air pancut

Paling menarik disini apabila malam hari, sebelah kiri terletak kolam ikan siap ada pancuran air, ada anak ikan bermain, campak keropok yang saya beli di kedai bangla berhampiran, tidak kelihatan ikan besar cuma ada rasa sedikit damai dan tenang, hendak hiburan juga disediakan karaoke bagi yang berminat sila makan sambil berhibur dan berkaraoke. Dibuka hingga larut malam, menu lain seperti ayam penyet, nasi lemak, makanan bergoreng dan bermacam lagi pilihan.

Review saya sangat simple di sini

DMAYA CAFE KG TOK MUDA
Tempat kami duduk bersanta

Apa yang menarik D'Maya Cafe Kg Tok Muda, Kapar
  • Tempat makan tidak terkenal
  • Harga berpatutan
  • Ada air pancut yang cantik
  • Tiada wifi nak lepak lama
  • Servis sedikit lama

Tag : Jom Makan

Baca : D'Maya Cafe Kg Tok Muda, Kapar - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 08- Santai Riadah163>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

2 comments

Teringin nak makan nasi ayam penyet kedai ni. Skrg kedai dh tutup. Sedih x dpt makan nasi ayam penyet kedai ni..

Yea ke dah tutup, sy pun skli je pgi situ, thank berkunjung.

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon