Isnin, Mac 23, 2015

Biskut Raya Buatan Sendiri

Berita - Biskut Buatan sendiri
Biskut Buatan Sendiri - RASANYA tidak sah jika ruangan ini tidak saya kongsikan artikel berkenaan biskut lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

Maklumlah seminggu sahaja lagi kita akan menyambut hari raya, jadi minggu-minggu terakhir ini cuba kita ambil sedikit masa yang terluang untuk membuat biskut untuk dijamu pada hari raya nanti.

Saya mendapat banyak permintaan supaya saya berkongsi resepi biskut raya. Untuk memenuhi permintaan pengikut setia ruangan ini saya akan kongsi resipi biskut raya yang enak dan mudah untuk anda cuba di rumah.

Bukankah ini akan memberi suatu kepuasan yang tidak terhingga apabila biskut hasil sendiri dihidangkan di atas meja. Saya juga ingin berkongsi tentang biskut dan kategori-kategorinya kerana cara membuat akan memberikan kategori yang berbeza pada biskut.

Biskut saiznya adalah kecil, manis, leper atau sedikit naik jika mengunakan bahan penaik.
Ia memang mudah dan cepat dibuat selagi resipi dan kerja-kerja menghiasnya tidak rumit.
Biskut yang mudah menggunakan kombinasi bahan-bahan asas seperti tepung gandum, lemak haiwan atau tumbuhan, gula, telur, bahan penaik dan perisa tambahan. Ia mempunyai pelbagai bentuk, tekstur, rasa dan dan boleh dikategorikan seperti berikut:

1 Bar - Biskut jenis ini adalah adunan biskut yang basah yang diratakan pada dulang pembakar. Kemudian ia akan dibakar dan dipotong bentuk kepingan bar atau empat segi.

2Jatuh - Ini adalah teknik jatuhan di mana adunan biskut yang lembik dan basah anda letakkan di atas dulang pembakar menggunakan sudu atau senduk aiskrim jadi pastikan jumlah yang disenduk itu sama banyak barulah saiz biskut yang dibakar mempunyai sama saiz.

3Acuan/bentukkan dengan tangan - Biskut jenis ini lebih kering dan ia tidak melekit. Ini membolehkan ia dibentuk menjadi bebola, dan sebagainya dengan jari dan tapak tangan anda. Anda juga boleh memadatkan atau memadatkan adunan dalam acuan yang digemari.

4Paip - Adunan biskut ini juga basah dan lembik kerana anda perlu memasukkan ke dalam beg pastri yang mengandungi muncung hiasan dan memaipkannya di atas dulang pembakar. Kemudian ia akan dibakar.

5Peti sejuk atau peti ais - Adunan biskut akan dibentuk menjadi silinder atau tiga segi yang panjang dan disejuk atau dibekukan dalam peti ais sehingga ia menjadi sejuk atau beku. Kemudian ia akan dipotong nipis dan dibakar.

6 Lenyek atau canai - Teknik ini anda perlu canai atau menipiskan adunan biskut lebih kurang 8-12cm menjadi leper menggunakan papan pencanai. erus dicanai nipis lebih kurang 8-10cm. 

Kemudian ia akan disusun di atas dulang pembakar dan dibakar.

Sumber: Utusan online

Tag : Berita

Baca : Biskut Raya Buatan Sendiri - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 94 - Matlamat 157>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon