Jumaat, Mac 27, 2015

Bermula kecil-kecilan dirumah

Berita - Bermula kecil-kecilan dirumah dan kini telah berjaya
Keropok pedas dan kerepek ubi kayu juga di hasilkan di kilang ZS Maju Products di Pasir Puteh, Kelantan.

PASIR PUTEH 5 Mei - Sebelum ini, perusahaan kerepek bilis yang dijalankan oleh Zainun Salleh, 48, hanya dikenali oleh penduduk di Kampung Panggong dekat sini.

Malah, ibu kepada enak orang anak itu, hanya menjalankan perusahaan memproses kerepek itu di anjung rumahnya secara kecil-kecilan dengan dibantu anggota keluarga lain.
Namun, berkat kegigihan mengusahakan resipi masakan tradisional yang diwarisi daripada keluarganya sejak 20 tahun lalu, ia semakin berkembang sehingga dia menjadi pembekal kerepek bilis ke seluruh negara.

Lebih membanggakan, Zainun kini memiliki sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama ZS Maju Products bagi membolehkannya meluaskan skop perniagaan dan pasaran ke luar negara.

Menurut Zainun, kini kerepek bilis keluaran ZS Maju telah memasuki pasaran Johor, Kedah dan Kuala Lumpur selain negeri Pantai Timur.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu memajukan syarikat ZS Product terutama Bahagian Industri Bukan Padi, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang bukan sahaja membekalkan khidmat kepakaran tetapi turut menyalurkan peruntukan untuk membesarkan kilang pemprosesan serta peralatan canggih.

"Tanpa sokongan kerajaan pastinya sukar bagi saya untuk bertapak dan berdikari sebagaimana sekarang dengan mendapat permintaan berterusan daripada pengusaha kedai runcit, pasar tani, pasar besar, pemborong dan pasar raya besar dari Gombak, Putrajaya, Bangi dan Kepong serta lain-lain pasar raya terkemuka di sekitar Lembah Klang," katanya di sini baru-baru ini.

Kejayaan Zainun turut menarik perhatian Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah yang melawat kilangnya baru-baru ini.

Zainun berkata, dengan bantuan suaminya yang juga seorang petani, mereka mengumpulkan wang sebanyak RM20,000 bagi dijadikan modal awal untuk membesarkan perusahaan kerepek bilis berkenaan.

Kesungguhannya itu telah menarik minat KADA pada 2001 untuk membantu dengan memberikan pelbagai khidmat nasihat dan bimbingan termasuk penggunaan teknologi baru bagi meningkatkan kualiti produk, promosi dan strategi pemasaran.

Bantuan KADA itu membolehkan kilangnya pada 2004 mula mengeluarkan produk tambahan seperti gegetas, buah rotan, keropok pedas, kerepek bawang, mini karipap dan popia mini untuk memenuhi permintaan.

"ZS adalah singkatan nama Zainun Salleh iaitu seorang petani wanita yang sebelum ini turut gigih bercucuk tanam di kawasan operasi KADA.

''ZS Product mulai dikenali ramai dan akhirnya pada 2007 syarikat ini mendapat Sijil Halal bagi membolehkan produk yang dihasilkan menembusi pasaran lebih meluas," katanya.

Menurutnya, pada 2006 juga KADA memberi bantuan untuk mengubah suai bengkel sebagai persediaan sebelum dinilai oleh pihak berkenaan bagi mendapatkan pensijilan halal.

"KADA juga membantu saya menyertai pameran industri kecil dan sederhana (IKS) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA); Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), Suarasa, Pameran Makanan Halal di Singapura dan lain-lain tempat.

"Saya turut dilantik oleh KADA sebagai tenaga pengajar kepada usahawan baru dalam bidang memproses makanan ringan di bawah pengurusan KADA di samping menerima jemputan jabatan dan agensi lain di Kelantan bagi tujuan yang sama," katanya.

Zainun bercadang untuk mengeskport produk yang dihasilkan ke negara China dalam tempoh terdekat dalam usaha memperkenalkan barangan tempatan ke pasaran antarabangsa.

Setakat ini, katanya, kilangnya mampu menghasilkan lebih 2,000 peket makanan ringan sehari dan kapasitinya akan diperbesarkan jika berpeluang mendapat kontrak perniagaan di luar negara.

"Ini termasuk menghasilkan satu produk baru berasaskan hasil pertanian iaitu kerepek ubi vitato dalam usaha membantu petani yang mengusahakan tanaman jangka pendek ini," katanya.

Zainun berkata, anggaran jualan kasar tahunan syarikatnya mencecah sehingga RM300,000 dan ia memberi semangat kepadanya untuk meneroka pasaran dunia yang sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Sumber : Utusan online

Tag : Berita

Baca : Bermula kecil-kecilan dirumah - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 104 - Matlamat 172>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon