Khamis, Mac 26, 2015

Ayam Penyet AP Klang

Ayam Penyet AP Klang - Mesti ramai yang mengetahui ayam penyet bukan? Restaurant dan asal makanan asal jawa timur dan minang dan ia sangat sinonim dengan tradisional indonesian food dan kali ini jom makan saya di AP Ayam Penyet di lokasi Klang dan Setia Alam.

Peta lokasi ayam penyet AP

klang sentral
Peta lokasi Ayam Penyet AP Klang

Lokasi berhampiran sahaja dengan Mc Donald Setia Alam, bersebelahan Siber Cafe, Sani Express dan juga jalan menuju ke kawasan Klang Sentral dan juga mempunyai cawangan di Giant Klang berhampiran Setia Alam.

Gambar depan Restaurant ayam penyet AP
cawangan klang sentral, setia alam
Masakan asal jawa timur dan minang.. Trademark

Kita makan ayam penyet.. Bukan ayam kena lenyek lori..k haha jangan salah faham.

Nasi dan lauk ayam penyet AP
Satu set nasi ayam penyet AP

Set ayam penyet AP terdiri dari ayam goreng yang telah dipenyet, itu mungkin sebab diberi nama, tempe goreng biasa tanpa salut tepung, tauhu goreng juga berserta sambal tumis goreng dan ia sangat pedas dan kaww diberi sedikit sahaja disitu. Ulam seperti potongan timun dan juga sedikit hirisan kobis serta kangkung yang dicelur. Bagi saya ia sangat simple dan ayam gorengnya juga cukup rangup dan ada sedikit sahaja rasa berempah. Tapi jangan pandang rendah sambalnya dan ia sangat pedas dan kaww, sangat sesuai untuk hidangan makan tengahari saya. Pinggan juga sangat unik, diperbuat dari kayu sepenuhnya dan disalut dengan daun pisang.

Tempat makan dan dekorasi

Promosi di ayam penyet AP Klang dan Setia Alam

Tempat duduk sangat selesa, boleh duduk lama dan tidak rasa penat, boleh duduk didalam ada juga penghawa dingin dan diluar juga ada kipas angin bagi sesiapa yang suka duduk diluar. Paling best kat sini ada wifi yang sangat laju, boleh nak download atau update apa yang kamu suka secara percuma. Servis juga cepat dan untuk pengetahuan cawangan ayam penyet AP sudah ada di merata tempat di daerah lembah kelang dan termasuk juga ada di Giant Setia Alam dan lokasi ini sangat berhampiran juga dengan tempat ini.

Apa yang ada di AP ayam penyet
  • Banyak lagi menu lain masakan jawa timur dan juga minang.
  • Ada wifi yang sangat laju, cawangan ini tapi tak tahu tempat lain.
  • Sesuai juga bagi tempat untuk perjumpaan.
  • Cuma bab harga sahaja sedikit cukup mahal, tapi tidak terlalu mahal.


Tag: Jom makan

Baca : Ayam Penyet AP Klang - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 10- Santai Riadah168>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon