Jumaat, Februari 06, 2015

Produk IKS perlu berkualiti tinggi


SEREMBAN, 19 Jan (Bernama) -- Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negara ini diminta menghasilkan produk yang bermutu tinggi memandangkan kerajaan telah pun mendapatkan tempat bagi memasarkan barangan mereka di pasaraya hypermarket antarabangsa, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Johari Baharum.

Beliau berkata kabinet sebelum ini telah membuat keputusan supaya 30 peratus daripada produk-produk yang dipasarkan di pasaraya di negara ini adalah produk bumiputera.

"Rangkaian hypermarket seperti Tesco, Giant, Carrefour ini adalah rangkaian antarabangsa dan jika produk-produk kita ini bermutu tinggi, kita juga boleh gunakan rangkaian ini untuk memasarkan produk kita di peringkat antarabangsa," katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Agro-Pemasaran 2010 di sini hari ini.

Katanya perkara itu tidak mustahil dicapai jika pengusaha IKS mementingkan kualiti produk, penjenamaan yang baik dan pembungkusan produk yang menarik sekaligus mampu bersaing dengan produk luar negara.

Johari berkata internet juga boleh dijadikan medium untuk memasarkan produk tempatan sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Persidangan dua hari itu dianjurkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Sumber: BERNAMA

Tag: Berita

Baca: Produk IKS perlu berkualiti tinggi - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 85 - Matlamat 124>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon