Jumaat, Februari 06, 2015

Najib umum pembukaan Agro Bazaar di Dubai

Najib umum pembukaan Agro Bazaar di Dubai
DUBAI 30 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembukaan Agro Bazaar di Dubai oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), semalam.

"Kita perlu berada dekat dengan pasaran untuk menjana peratusan pendapatan yang lebih tinggi. Lebih dekat kita dengan pasaran, lebih banyak faedah yang kita dapat," kata beliau semasa pelancaran Malaysian Agrofood Festival dan majlis perjumpaan 300 rakyat Malaysia, di sini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, mendekatkan diri dengan rantaian bekalan global merupakan sebahagian daripada sasaran strategi kerajaan.

"Dalam menggerakkan rantaian nilai sektor pertanian, FAMA dijangka membuka lebih banyak Agro bazaar di luar negara, termasuk di Hong Kong," kata Najib.

Dengan sasaran untuk mempromosikan buah-buahan dan produk asas tani premium Malaysia, agro bazaar pertama dibuka di Singapura pada Ogos, katanya.

Menurut beliau, durian 'Musang King' premium benar-benar dilayan seperti 'raja' di Singapura.

"Durian itu disimpan dalam bilik berhawa dingin sepanjang masa. Ia dijual pada harga S$26 sekilogram. Dan selepas penukaran (ke dalam ringgit Malaysia), anda tidak akan dapat harga yang sama di mana-mana di Malaysia," kata beliau.

Semasa tempoh tujuh bulan pertama 2014, eksport buah-buahan meningkat sebanyak 44.7 peratus kepada RM298.8 juta.

Turut hadir di majlis yang diadakan di Arena, Jumeirah Beach Hotel itu ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri Yaakob.

Terdahulu, Ismail berkata, Agro bazaar Dubai, pusat sehenti bagi buah-buahan dan produk asas tani Malaysia akan memulakan perniagaan dalam suku ketiga tahun depan. - BERNAMA

Sumber: Utusan online

Tag: Berita

Baca: Najib umum pembukaan Agro Bazaar di Dubai - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 86 - Matlamat 125>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon