Selasa, Februari 24, 2015

Faridah Mentarang Bakar Sekinchan

Faridah Mentarang Bakar Sekinchan Sg Besar Sabak Bernam. Kami makan disini hanya untuk mencuba salah satu makanan laut yang sangat terkenal di kawasan Sekinchan iaitu mentarang bakar. Jom Makan buat pertama kali untuk blog ini yang sangat berniche kerepek dan biskut tetapi cerita hal makan pula’ sangat lari dari tema dan niche kami tetapi ia juga berkisar tentang pengusaha dan perusahaan makanan. Kami juga selalu cerita tentang IKS di Malaysia, jadi tidak salah untuk kami kongsikan sedikit pengalaman kami menjamu selera di Faridah Mentarang Bakar Sekinchan tidak begitu jauh dari lokasi perniagaan kami.


Cerita Tentang Mentarang bakar

Cerita tentang mentarang yang sangat terkenal, banyak gerai tepi jalan yang menjual mentarang segar di sepanjang jalan dari Sekinchan menuju ke Sg Besar di daerah Sabak Bernam Selangor. Hasil mentarang telah memberi rezeki pada penduduk kampung untuk mencari sumber pendapatan halal, Mentarang sangat sukar dicari kerana ia mendiami kawasan berlumpur disepanjang pantai, untuk mencari juga sangat sukar bila berhadapan selut yang dalam' bagi mentarang ini kulit cengkerangnya juga sangat rapuh dan ia mudah pecah tidak seperti jenis siput yang lain yang mempunyai cengkerang yang lebih keras. Hasil dari mentarang disini memberi peluang perniagaan kepada penduduk setempat, jadilah mentarang bakar.

Faridah Mentarang Bakar

Restaurant yang menjual mentarang bakar yang terkenal setakat ini di Faridah Mentarang Bakar, tetapi bukan setakat bakar sahaja’ mentarang rebus, mentarang goreng, tumis mentarang dan pelbagai pilihan lagi seperti nasi goreng mentarang juga ada untuk pilihan jom makan kali ini. Selain itu belut pun ada huhu.. bagi saya makanan eksotik tu, jadi saya tak makan belut’ menu belut seperti belut berlada, asam pedas sembilang, ikan haruan juga ada untuk pengunjung yang mengemari ikan air tawar, bak kata makanan sekeliling dan sekitar kawasan sawah padi ada untuk hidangan disini.

Permandangan di Faridah Mentarang Bakar Sekinchan

Selfie dan Santai
Selfie sekejap di titian Faridah Mentarang Bakar
Kawasan dan tempat makan juga sangat menarik, ada titi atau jambatan lintasan antara parit dekat tempat untuk bakar mentarang di bahagian hadapan, saya ternampak ada ikan keli bermain di parit tersebut, mungkin ternakan tuan kedai barangkali. Tempat menjamu selera di belakang’ boleh pilih nak makan cara bersila atau duduk dikerusi. Kami pilih bersila atau boleh baring sekali kalau sudah kekenyangan, satu pilihan terbaik bagi kami. Hiasan biasa sahaja, adat kawasan kampung’ jadi sangat sederhana. Tujuan datang memang hendak rasa mentarang bakar, selalu sangat lalu tengok papan tanda besar Faridah Mentarang Bakar tetapi tidak pernah singgah.

Tunggu makanan di Faridah Mentarang Bakar

Tunggu Pesanan
Air semua sama.. Teh O ais limau

Nasi goreng pepahat

Nasi goreng pepahat
Nasi goreng pepahat yang saya pesan

Kami dah sampai sini untuk jom makan’ jadi masa untuk ambil order untuk lapan orang, Sepinggan mentarang bakar RM8.00 jadi kami order 3 pinggan, kami makan tidak sampai 2 minit’ pantaskan? Nak order nasi goreng mentarang katanya belum kopek lagi, jadi kami makan nasi goreng pepahat, bentuk rupa macam ulat haha makcik saya tidak makan, rupa macam ulat’ dia geli.

Gambar kulit mentarang bakar

Mentarang bakar
Teruja nak makan mentarang bakar sampai lupa nak snap gambar, jadi gambar kulit sahaja untuk santapan anda haha.

Rasa mentarang bakar, memang sedap dan unik’ ada pencicah sos untuk mentarang bagi menaikkan lagi rasanya tetapi kurang pedas sos tersebut dan sedikit manis. Bagi kami hanya untuk masa dan waktu santai sahaja, operasi Faridah Mentarang Bakar seperti dibawah.

Waktu perniagaan
9.00 AM - 7.00 PM

Waktu sudah petang' kami pun sudah kenyang, masa untuk balik, masih sempat lagi nak berselfie
Selfie tepi jalan
Tepi jalan besar Faridah Mentarang Bakar
  • Sekian cerita jom makan untuk kali ini di Faridah Mentarang Bakar Sekinchan
  • Misi saya untuk jadikan blog ini lebih santai
  • Majulah perusahaan IKS di Malaysia
Tag : Jom Makan

Baca : Faridah Mentarang Bakar Sekinchan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 01 / 01 - Santai Riadah134>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon