Jumaat, Februari 13, 2015

Biskut raya, kini mudah beli

Biskut Snow White yang menjadi kegemaran ramai.

HARI Raya tidak akan meriah tanpa persediaan biskut raya. Bagi yang pandai membuat sendiri biskut raya, boleh membuatnya jika ada kelapangan.

Bagaimanapun ramai yang lebih suka membeli biskut yang sudah siap kerana sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk membuatnya sendiri.

Lagipun apabila difikirkan banyak yang perlu dilakukan untuk membuat biskut sendiri seperti hendak membeli bahan, yang tidak ada ketuhar pula perlu membeli ketuhar dan akhirnya kerana tidak mahu memeningkan kepala, beli sahaja biskut yang sudah siap.

Mereka yang telah biasa membeli biskut raya daripada pembuat biskut tertentu pasti akan membeli semula jika rasa biskut tersebut sedap dan menepati cita rasa.

Tempahan biskut raya biasanya sudah dimulakan dua bulan sebelum bulan puasa. Tempahan yang dibuat bukan sahaja untuk orang persendirian tetapi ramai yang menempah sebagai pengedar dan untuk dijual kepada orang lain.

Bagi Asiah Hashim, 53, beliau telah mula membuat biskut raya sejak dua bulan lalu.
Berbanding tahun lalu, katanya, tempahan tahun ini lebih banyak walaupun ekonomi tidak begitu rancak.

''Walaupun dalam keadaan ekonomi sekarang, masih ramai yang menempah biskut untuk hari raya.

''Saya sudah mula membuat biskut raya ini sejak beberapa minggu lepas dan akan berhenti kira-kira empat atau lima hari sebelum raya,'' kata Asiah yang ditemui di kedainya di Prima Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Beliau yang telah 30 tahun membuat dan menjual biskut raya mempunyai ramai pelanggan dan pengedar tetap.

Bagi beliau, tiada masalah daripada segi jualan malah kadang-kadang tempahan terpaksa ditolak kerana terlalu banyak dan bimbang tidak dapat menyiapkan pada tempoh yang dikehendaki.

Menurut bekas guru Kemas ini, selain beberapa jenis biskut yang biasa dibuatnya pada setiap tahun, beliau turut membuat empat atau lima jenis biskut baru bagi mempelbagaikan pilihan biskut di bawah nama syarikatnya, Asiah Food and Beverage.

Di antara jenis-jenis biskut yang dibuatnya setiap tahun dan mendapat sambutan ialah tat nanas, biskut caterpillar, oats cookies, samprit Madura, biskut badam, chocolate delight, cornflakes crispy, chocolat amos dan banyak lagi.

Selain biskut, beliau juga membuat beberapa jenis kek seperti kek kukus buah-buahan, kek coklat, blueberry roll dan sebagainya.

''Tahun ini saya tambah lagi jenis biskut yang ada seperti snow white, chocolate snowy dan suji Brunei. Setakat ini sambutan yang diterima terhadap kedua-dua jenis biskut ini amat menggalakkan. Mungkin pelanggan suka kerana biskut ini rangup dan tidak jemu dimakan,'' ujar ibu kepada dua orang anak remaja ini.

Kata Asiah, beliau amat mementingkan rasa dan kualiti biskut agar rasanya sentiasa konsisten dan sama setiap tahun.

''Ada orang yang mengurangkan bahan atau menggunakan marjerin bagi menggantikan mentega disebabkan harga barang yang meningkat.

"Tetapi saya tetap mengekalkan bahan-bahan yang digunakan dan mengikut resipi yang asal. Oat atau Nestum yang saya gunakan dibeli di dalam tin dan bukan yang lambak.

''Saya tak suka beli bahan lambak kerana kebanyakannya adalah bahan daripada tahun lepas yang tidak habis dijual. Saya tak mahu orang makan biskut saya dan rasa hapak. Harga biskut juga tetap sama dan saya tak naikkan harga.

''Selain itu, tepung yang saya gunakan untuk membuat biskut dikeringkan terlebih dahulu sama ada dengan menjemur atau mengeringkannya di dalam ketuhar selama 20 minit. Ini bagi membuatkan biskut 'ringan', rangup dan tahan lama

''Masa yang diambil bagi membakar biskut juga lebih lama, iaitu selama 40 minit dengan api rendah sehingga biskut betul-betul masak. Sebab itu biskut saya boleh tahan sehingga tiga bulan,'' katanya yang tidak menggunakan bahan pengawet bagi biskut keluarannya.

Selain terkenal dengan biskut-biskut rayanya, Asiah turut membuat kelas masakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Pelbagai jenis masakan boleh dipelajari oleh mereka yang berminat dengan bidang masakan seperti kelas membuat kek, pastri, roti, kuih dingin beku, hidangan Barat, hidangan orang kahwin, hidangan pengantin, masakan mee dan banyak lagi.

Pada setiap hari Rabu pula, beliau menjadi pengajar sambilan kelas masakan di Kolej Komuniti Hulu Langat.

Kepada anda yang berminat dengan biskut raya atau ingin mengikuti kelas masakan Asiah boleh menghubunginya di 016-2981280.

Sumber: Utusan online

Tag: Berita

Baca: Biskut raya, kini mudah beli - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 89 - Matlamat 128>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon