Isnin, Januari 05, 2015

IKS perlu tingkat sumbangan KDNK

PENGUSAHA industri kecil dan sederhana (IKS) perlu terus berusaha meningkatkan sumbangan mereka kepada pertumbuhan ekonomi negara kerana jumlah yang ada sekarang terlalu kecil berbanding pengeluar syarikat bersaiz gergasi.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, walaupun jumlah IKS yang mendaftar sebanyak 99.2 peratus, tapi ia hanya menyumbang sebanyak 30 peratus daripada pendapatan kasar dalam negara (KDNK).

Berbanding syarikat besar iaitu hanya 0.8 peratus, tetapi sumbangan mereka kepada KDNK ialah 50 peratus.

“Syarikat IKS juga digalak mengeluarkan produk yang boleh dieskport. Sehubungan itu, kementerian akan mewujudkan pelbagai bantuan bukan saja dari segi kewangan, malah khidmat nasihat dan sebagainya dalam membantu syarikat terbabit menghasilkan produk bermutu yang boleh dieksport.

“Jadi, semua pengusaha IKS perlu mempunyai keinginan kuat supaya produk yang dihasilkan mampu diekspot ke luar negara dan bukannya sekadar tertumpu kepada pasaran dalam negara saja,” katanya selepas menghadiri program ramah mesra bersama pengusaha IKS Kedah/Perlis di Dewan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Alor Setar, semalam.

Hampir 200 pengusaha IKS hadir di majlis anjuran Miti dan SME Corp yang bertujuan mengenal pasti pelbagai masalah yang dihadapi pengusaha IKS.

Mukhriz berkata, pengusaha IKS juga perlu mendaftarkan syarikat mereka dengan Miti bagi memudahkan agensi itu menyalurkan pelbagai bantuan diperlukan bagi membantu mereka menembusi pasaran global.

Sumber : Hmetro

Tag : Berita

Baca : IKS perlu tingkat sumbangan KDNK - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 69 - Matlamat 104
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon