Isnin, Januari 05, 2015

IKS perlu atasi masalah globalisasi

KUALA LUMPUR 3 Mac - Para pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan perlu mengatasi lima masalah utama bagi menghadapi proses globalisasi.

Kelima-lima masalah itu ialah masalah pembiayaan, pemasaran domestik dan antarabangsa, penggunaan teknologi tinggi serta teknologi maklumat (IT), sumber manusia dan alam sekitar.

Presiden Persatuan IKS Malaysia, Looi Teong Chye berkata, peralihan kepada teknologi tinggi dapat membantu meningkatkan kualiti produk manakala penggunaan IT pula membolehkan pengurusan dilakukan dengan berkesan.

Menurutnya, penglibatan pengusaha IKS dalam perdagangan elektronik (e-dagang) boleh mengurangkan kos pengurusan di samping memberi alternatif kepada pelanggan melakukan urus niaga.

Tambah beliau, isu alam sekitar juga perlu diambil kira kerana terdapat negara yang mengenakan syarat ketat terhadapnya.

''Sebagai contoh, terdapat negara yang tidak akan membeli sesuatu produk jika mendapati cara penghasilannya mencemarkan alam sekitar,'' katanya pada sidang media mengenai SMI One-stop Solution 2000 di sini, hari ini.

Kata Looi, mereka juga perlu mengadakan lebih banyak misi perdagangan seperti yang dilakukan oleh pengusaha IKS Singapura dan Hong Kong.

''Kita masih belum sampai lagi ke tahap ini lagi tetapi usahawan kita sedang menuju ke arah itu,'' ujarnya.

Selain itu, tambah beliau, para usahawan perlu mengubah imej mereka dengan menjalankan operasi di kawasan yang sesuai.

Katanya, kini masih terdapat pengusaha IKS yang menjalankan operasi di tanah haram.

''Ini akan menimbulkan masalah apabila pelanggan dari luar negara melawat kilang mereka dan operasi di kawasan sesuai akan meyakinkan pelanggan terhadap perniagaan yang dijalankan,'' ujarnya.

Menurut Looi, kini masih terdapat rungutan daripada pihak-pihak tertentu menyatakan masih banyak hartanah industri tidak digunakan sepenuhnya sungguh pun banyak taman industri di bina di negara ini.

Sumber : Utusan online

Tag : Berita

Baca : IKS perlu atasi masalah globalisasi - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 68 - Matlamat 103
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon