Khamis, Januari 29, 2015

IKS mungkin keliru dengan GST

KUALA LUMPUR 17 April - Tahap kesedaran yang rendah mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terutamanya di kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) dikhuatiri akan menimbulkan kekalutan apabila ia diperkenalkan.

``GST yang akan dimulakan pada 1 Januari 2007 juga boleh memberikan kesan langsung kepada aliran tunai peniaga dan perniagaan,'' kata Pengarah Eksekutif Ernst & Young, Bhupinder Singh.

Menurut beliau, pelaksanaan GST di Malaysia dalam tempoh lebih kurang 20 bulan sahaja lagi memerlukan setiap syarikat membuat perubahan dalam amalan perakaunan dan proses perniagaan masing-masing.

``Sekiranya mereka memandang remeh perkara ini dan tidak memahami secara mendalam pelaksanaannya, saya bimbang akan berlaku situasi-situasi seperti kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak.
Penalti

``Selain itu, mereka juga mungkin berdepan dengan kemungkinan dikenakan penalti disebabkan tidak mempunyai rekod invois GST yang tersusun,'' katanya dalam satu temu ramah di sini baru-baru ini.
Ia diadakan sempena seminar `GST dan Implikasinya Kepada Syarikat IKS Malaysia' anjuran Mind Your Own Busines (MYOB) Asia Sdn. Bhd. yang diadakan di sini baru-baru ini.

Menurut Bhupinder, GST merupakan cukai penggunaan berasaskan konsep nilai ditambah yang dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan.

Jelasnya, melalui GST, harga barangan dan perkhidmatan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST dan organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah diambil kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan.

Beliau menambah, kadar ini akan ditetapkan oleh kerajaan dan beliau optimis kerajaan akan mengenakan kadar minimum apabila ia dilancarkan kelak.

Katanya lagi, dengan mengambil kira kadar GST di negara-negara lain di ASEAN, beliau percaya kerajaan akan mengenakan kadar GST antara lima hingga 10 peratus.

``Disebabkan pelaksanaan GST ini dilihat agak mencabar, justeru saya ingin menasihatkan setiap masyarakat perniagaan agar menyimpan rekod kewangan masing-masing dengan baik.

``Adalah lebih teratur sekiranya syarikat-syarikat ini bersedia lebih awal dan mempunyai atau membeli perisian khusus yang telah mengambil kira semua aspek-aspek GST,'' katanya lagi.

Bhupinder menjelaskan, jika diuruskan dengan baik dan mendapat kerjasama semua pihak, pelaksanaan GST dilihat mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai.

Selain itu, katanya, ia juga seterusnya dilihat mampu mengurangkan kadar cukai perseorangan dan korporat.

Sementara itu, Pengurus Besar (Asia) MYOB, Bernard Yap berkata, syarikat tersebut telah bersedia sepenuhnya untuk membantu syarikat-syarikat di Malaysia terutama IKS memahami amalan GST dengan sepenuhnya.

Jelasnya, selain menyediakan perisian khusus mengenai GST, pihaknya turut mengatur sesi seminar di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat perniagaan di Malaysia.

Sumber: Utusan online

Tag: Berita

Baca: IKS mungkin keliru dengan GST - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 77 - Matlamat 115>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon