Ahad, Januari 18, 2015

Belacan,kerepek sukun produk kebangaan

PULAU PINANG 11 Mei - Walaupun Pulau Aman terkenal dengan belacan dan kerepek sukun selain makanan lautnya yang masih 'segar' namun masyarakat di pulau berkenaan menghadapi kesukaran untuk mengkomersialkan produk-produk itu.

Menurut Ketua Kumpulan Perkembangan Wanita Pulau Aman, Mahani Abdul, kekurangan bekalan bahan mentah telah menyebabkan usaha mengkomersialkan produk itu terbantut.

''Permintaan dari luar amat banyak namun kami menghadapi masalah mendapatkan bahan mentah. Udang-udang geragau untuk dibuat belacan pun tidak banyak menyebabkan kami terpaksa membelinya dari tempat lain.

"Buah sukun pun hanya berbuah mengikut musim, cuma dua kali setahun dalam bulan Januari hingga Februari dan bulan Jun hingga Julai.

"Kalau tiba musimnya dapatlah kami membuat kerepek dengan banyak, kalau tidak kami semua beralih membuat kerja-kerja lain," katanya ketika ditemui di Pulau Aman baru-baru ini.

Mahani memberitahu, penduduk pulau berkenaan tidak akan membeli buah sukun dari luar kerana rasa buah yang ditanam di situ amat berbeza dengan tempat lain. Katanya, buah sukun yang ditanam di situ lebih manis dan lemak selain isinya yang halus.

"Tanah di pulau ini bercampur dengan kulit-kulit siput dan kerang yang menghasilkan baja yang amat baik untuk tumbesaran pokok-pokok sukun di sini dan itulah sebab kerepek sukun di sini rasanya diakui lebih sedap," katanya.

Sementara itu, Hussin Said, 56, yang mengusahakan belacan pula berkata, tidak ramai penduduk di kawasan berkenaan yang ingin mengusahakan kerja-kerja berkenaan kerana lebih berminat untuk memukat ikan yang menghasilkan pendapatan lebih lumayan.

Hussin yang mengusahakan perusahaan membuat belacan bersama isterinya, Rosni Mohd. Hassan, 47, sejak 16 tahun dahulu berkata, belacan dari Pulau Aman terkenal disebabkan rasanya yang lebih istimewa dan sedap.

"Di pulau itu hanya tinggal kira-kira sembilan orang yang masih meneruskan kerja-kerja warisan ini kerana kebanyakan orang menganggap proses membuat belacan adalah remeh," katanya yang mempelajari cara-cara membuat belacan daripada bapanya.

Namun, kata Hussin yang menjadi masalah baginya hanyalah keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan udang yang dijemur menjadi busuk dan rosak.

Jika cuaca panas, katanya, udang-udang itu boleh dijemur selama dua hari sebelum ditumbuk selama tiga jam untuk menghasilkan belacan.

"Dalam proses menjemur dan menumbuk udang tersebut, jangan terkejut jika saya katakan memang tiada lalat pun yang hinggap pada udang-udang berkenaan,'' katanya.

Sumber : Utusan online

Tag : Berita

Baca : Belacan, kerepek sukun produk kebangaan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 71 - Matlamat 107
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon