Sabtu, Januari 31, 2015

Agrobazaar Malaysia ke Singapura

SINGAPURA, 21 Ogos (Bernama) -- Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk Husni Zai Yaacob berkata, Agrobazaar Malaysia di republik ini akan menjadi model untuk agrobazaar lain di dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong dijadual melancarkan secara rasmi Agrobazaar itu pada 27 Ogos ini.

"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) merancang membuka agrobazaar di beberapa tempat lagi, tetapi saya berpendapat Singapura akan menjadi penanda aras atau model untuk agrobazaar lain di dunia," katanya kepada pemberita di MeTFAMA 2014-Lawatan Media Agrobazaar Malaysia@Singapore dan pelancaran awal Agrobazaar Malaysia di sini, pada Khamis.
Sebelum ini dilaporkan Fama merancang membuka agrobazaar di Brunei, Beijing dan beberapa negara lain.

Agrobazaar Malaysia yang terletak di 37-43 Sultan Gate, Singapura itu adalah idea Najib yang dilaksanakan oleh Fama.

Antara lain ia menawarkan buah-buahan terbaik Malaysia seperti durian, mangga, duku, nangka dan pulasan.

Produk berasaskan pertanian termasuk keropok, sos serta produk berasaskan buah-buahan turut disediakan.

Ia juga menawarkan makanan dan minuman seperti hidangan popular Malaysia, jus, pembuka selera, pembasuh mulut dan KopieSatu, satu produk Fama.

Husni Zai berkata, Singapura dipilih kerana ia jiran yang dekat dan paling rapat.

"Hubungan di antara Malaysia dan Singapura sangat baik, malah ia paling baik sekarang.

"Sebab itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib memilih Singapura sebagai lokasi agrobazaar pertama," katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Kamsiah Kamaruddin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Fama, Sharifah Hashim serta pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Husni Zai berkata, alasan lain Singapura dipilih ialah 'kita perlu mempromosi produk berasaskan pertanian kita kerana republik ini adalah hab untuk perdagangan dan kewangan.'

Menurutnya, Singapura akan menjadi tapak pelancaran produk Malaysia untuk dieksport ke negara lain.

"Kami juga berharap dengan Agrobazaar ini ia akan menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia dan ini juga selaras dengan Tahun Melawat Malaysia.

Husni Zai berkata, pelancongan adalah industri yang sangat penting kepada Malaysia.
Tahun lepas, katanya: "Kita menerima kira-kira 25 juta pelancong asing dan lebih daripada 13 juta adalah dari Singapura.

"Setakat enam bulan pertama tahun ini, kita melihat peningkatan kira-kira 10 peratus pelancong dari Singapura ke Malaysia," katanya.

Di segi perdagangan, Singapura adalah rakan kongsi perdagangan kedua terbesar Malaysia selepas China.

"Walaupun perdagangan kita bertumpu kepada produk elektrik, elektronik dan petroleum, produk berasaskan pertanian menjadi semakin penting."

Malaysia mengeksport hampir 20 peratus produk makanan berasaskan pertanian dianggarkan bernilai RM4 bilion setahun ke Singapura, katanya.

Sumber: Bernama

Tag: Berita

Baca: Agrobazaar Malaysia ke Singapura - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 82 - Matlamat 120>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon