Sabtu, Januari 31, 2015

Agro Bazaar diperkenal di seluruh negara

BUKIT MERTAJAM 8 Nov. - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan memperkenalkan konsep jualan Agro Bazaar yang bakal menghimpunkan lebih 100 jenis produk industri asas tani di semua pusat beli-belah di seluruh negara.

Buat permulaan, tiga Agro Bazaar sudah dibuka sejak Mei lalu iaitu di Carrefour Seberang Jaya dan Jusco Bandar Perda di sini serta di Tesco Jelutong.

Pengarah FAMA Wilayah Utara, Mohd. Ariffin Awang berkata, konsep jualan Agro Bazaar diperkenalkan bagi menyediakan pasaran baru untuk produk-produk industri asas tani yang dihasilkan para usahawan tempatan.

Dengan cara itu, katanya, produk tempatan terutamanya yang berasaskan makanan dan minuman tradisional dapat bersaing dengan barangan yang sudah dijual di pasar raya atau pusat beli-belah sedia ada.

''Ini adalah inisiatif kerajaan untuk memastikan produk-produk berkualiti yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan dapat dipasarkan ke peringkat lebih tinggi.

''Kita sedang mencari lokasi-lokasi baru di seluruh negara bagi membolehkan konsep seumpama ini dapat diperluaskan," katanya pada majlis perasmian Agro Bazaar di Carrefour Seberang Jaya di sini hari ini.

Turut hadir pengarah pasar raya itu, D. Siva dan Pengarah FAMA Pulau Pinang, Anuar Mohamed.
Mohd. Ariffin berkata, bagi wilayah Utara, FAMA akan membuka Agro Bazaar menjelang hujung tahun ini.

Katanya, sambutan terhadap Agro Bazaar dalam tempoh Mei hingga Oktober lalu amat menggalakkan dengan jualan lebih 100 jenis produk industri asas tani mencecah sehingga RM202,000.

''Dalam tempoh itu, nilai jualan Agro Bazaar secara purata menyumbang sebanyak 58.7 peratus daripada keseluruhan jualan produk industri asas tani yang dikendalikan FAMA Pulau Pinang," katanya.

Bagi negeri lain pula, Mohd. Ariffin menjelaskan, perbincangan sedang dijalankan dengan pengurusan pasar raya dan kompleks beli-belah.

Menurut beliau, kegiatan promosi secara berkala juga dijalankan di negara lain seperti Indonesia dan Singapura bagi membolehkan produk industri asas tani tempatan dapat menembusi pasaran negara terbabit.

''Kami percaya kalau ada kesungguhan dan strategi yang betul, produk berasaskan pertanian negara kita dapat dieksport ke banyak lagi negara pada masa akan datang.

Sumber: Utusan online

Tag: Berita

Baca: Agro Bazaar diperkenal diseluruh negara - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 81 - Matlamat 119>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon