Khamis, Disember 25, 2014

Usahawan Rempeyek Mini

Usahawan kecil yang berjaya. Ia mungkin jolokan yang paling sesuai diberikan kepada Tuan Haji Azhar Haji Yunus dan isterinya Hajah Maimon Haji Salleh yang berkecimpung dalam projek Industri Kecil dan Sederhana (IKS) iaitu pembuatan rempeyek mini. Usaha Tuan Haji Azhar menyahut seruan kerajaan tidak sia-sia kerana hasil titik peluhnya membuahkan hasil. Perusahaannya yang diberi nama M. Z Rezeki Enterprise sememangnya mendatangkan rezeki yang melimpah ruah kepada beliau sekeluarga.


Rempeyek mini dari Kampung Batu 38 ini punya rasa yang tersendiri. Diberi nama Moonsnek, rempeyek mini keluaran syarikat M. Z Rezeki Enterprise ini memang enak dimakan pada bila-bila masa sahaja. Selain rasa, pembungkusannya yang menarik juga menjadikan rempeyek mini ini kelihatan “mahal” dan sesuai untuk dijadikan cenderahati. Baca juga Tentang produk rempeyek dan cara dihasilkan.

M. Z Rezeki Enterprise memulakan operasi perniagaannya pada Jun 2001. Bermula secara kecil-kecilan namun kini pasangan suami isteri ini mampu tersenyum bangga apabila produknya, Moonsnek berjaya dipasarkan ke seluruh Malaysia. Beliau bersama isteri mendapat bimbingan dari Unit Perancang dan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Jabatan Pertanian Sabak Bernam, Lembaga Pertubuhan Peladang Sabak Bernam dan Pertubuhan Peladang Kawasan Bernam Jaya.

Menurut Tuan Haji Azhar, selain daripada menyahut seruan kerajaan yang sering diuar-uarkan ‘Satu Kampung Satu Produk’, hasrat lainnya adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada wanita Kampung Batu 38. Sehingga hari ini beliau mempunyai 15 orang pekerja dan 10 daripadanya adalah penduduk dari Kampung Batu 38.

Sementara itu, pemilik syarikat MZ Rezeki Enter­prise,  Azhar Yunus, 62, berkata, usia bukan penghalang untuknya meminjam pinjaman TEKUN  Nasional dengan pinjaman ulangan sebanyak tiga kali iaitu RM3,000 dan RM10,000 manakala kali terakhir pada dua tahun lepas sebanyak RM20,000.

Dari perniagaan rempeyek jenama MooNsnek yang dibuat secara kecil­kecilan pada tahun 1998,beliau kini memiliki bangunan sendiri berukuran 40 kaki x 90 kaki bernilai RM250,000 terletak bersebelahan rumah­nya di Sabak Bernam, Selangor. Ditanya kelebihan pembiayaan TEKUN 

Nasional, lulus an Diploma  Pertanian dan bekas  pembantu pengurus kemasyarakatan FELDA itu berkata: “TEKUN Nasional adalah platform terbaik bagi usa­hawan bumiputera mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan kecil­kecilan. Selain terdapat kemudahan pinjaman dari serendah RM500 sehingga RM50,000, skim pembayaran baliknya juga mudah dan tidak membebankan. Di TEKUN Nasional, mereka bukan sekadar memberi pinjaman, malah turut memberi nasihat mengenai perniagaan”.

Sumber : Usahawan tekun

Tag : Berita

Baca : Usahawan rempeyek mini - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 52 - Matlamat 82
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon