Khamis, Disember 25, 2014

Usahawan IKS Tidak Sedar Bantuan Kerajaan

BESUT, 13 Mei (Bernama) — Masih ramai usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negara ini tidak menyedari kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu memajukan perniagaan mereka.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia termasuk bantuan khidmat nasihat dan pinjaman mikro kredit sebanyak RM50,000 melalui SME Bank kepada usahawan yang layak.

“Ramai usahawan tidak menyedari kita mempunyai khidmat nasihat cara untuk mempertingkat mutu produktiviti mereka, contohnya dari aspek pembungkusan, memandangkan ada produk mereka yang gagal bersaing dalam pasaran disebabkan aspek pembungkusan yang lemah.


“Malah, masih ramai tidak tahu kerajaan juga ada menyediakan pinjaman mikro sebanyak RM50,00 dan mereka tidak perlu pergi berjumpa “along” semata-mata untuk membuat pinjaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Besut di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Mara yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh.

Sumber : BERNAMA

Tag : Berita 

Baca : Usahawan IKS Tidak Sedar Bantuan Kerajaan - INA MURNI ENTERPRISE

Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 53 - Matlamat 83>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon