Rabu, Disember 24, 2014

SME Bank bantu usahawan IKS

KOTA BAHARU, 3 Mac (Bernama) — Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kelantan perlu merebut peluang untuk memajukan perniagaan mereka dengan memanfaatkan kewujudan SME Bank di sini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pembukaan SME Bank di sini membuktikan komitmen tinggi kerajaan untuk membantu usahawan IKS maju sehingga ke peringkat global.

“Kerajaan Kelantan sudah pasti tidak mampu untuk membangunkan usahawan IKS, dan sebab itu kita tampil untuk membantu mereka agar lebih berdaya saing.



“Sebab itu berilah peranan kepada kerajaan Pusat untuk membantu di Kelantan, yang selama ini telah dilakukan oleh pelbagai agensi dan kementerian, bagi melihat kemajuan yang bakal dinikmati,” katanya kepada pemberita selepas
Merasmikan Pusat Enterpris SME Bank Kota Baharu, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi SME Bank Datuk Gurmuri Hussain dan Pengarah Urusan SME Bank Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus.
Mustapa berkata setakat ini sebanyak RM456.7 juta pembiayaan telah diluluskan oleh SME Bank kepada 514 pemohon di Kelantan.

“Syarikat IKS itu telah mampu melebarkan sayap perniagaan mereka, dan ini yang kerajaan mahu lihat,” katanya.
Beliau berkata Pusat bagi bulan Januari lepas sahaja, Enterpris Kota Baharu meluluskan 10 permohonan berjumlah RM2.7 juta.

Mustapa berkata kadar faedah yang rendah juga mampu menarik minat usahawan terhadap bank berkenaan.

Terdahulu, Gurmuri berkata pusat enterpris itu adalah untuk memudahkan para usahawan dan bakal usahawan di negeri itu berurusan dengan mereka.

“Di samping itu Pusat Enterpris Kota Baharu ini juga dapat membantu tugas pemasaran pembiayaan dan pengawasan dengan lebih mudah dan efektif,” katanya.

Setakat ini SME Bank telah beroperasi di lima pusat wilayah, 17 pusat enterpris dan dua pusat perniagaan di seluruh negara.

Sumber : Yahoo Malaysia

Tag : Berita

Baca : SME Bank bantu usahawan IKS - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 50 - Matlamat 80
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon