Sabtu, Disember 27, 2014

Produk Fish Best tembusi pasaran

Produk Fish Best tembusi pasaran di luar Negara

PASIR PUTEH, 5 Mac (Bernama) -- Jabatan Perikanan akan memperkenalkan logo "Fish Best" bagi produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berasaskan ikan untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Ketua Pengarahnya Datuk Junaidi Che Ayub berkata selain itu pengeluaran produk IKS yang selama ini dijalankan secara tradisional akan dipermodenkan bagi menjamin mutu dan kebersihannya.

Bagi mendapatkan pengiktirafan untuk menggunakan logi itu, pengusaha perlu memenuhi syarat antaranya mengikuti kursus, premis pengeluaran hendaklah mengikut susun atur yang ditetapkan oleh jabatan dan tidak menggunakan bahan yang dilarang di bawah Akta Makanan 1983, katanya.

Jabatan akan mengadakan lebih banyak pameran di luar negara termasuk di kalangan negara-negara Islam bagi membantu pengusaha IKS memasarkan produk yang menggunakan logo itu, katanya kepada pemberita selepas melancarkan jenama Fish Best di sebuah kilang keropok di Kampung Gajah Mati di sini, hari Ahad.

Beliau berkata pada masa ini hanya sebilangan kecil pengusaha IKS dapat menembusi pasaran global kerana mutu produk yang dihasilkan tidak mencapai tahap piawaian antarabangsa.

Katanya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, jabatan itu bercadang mewujudkan 130 pengusaha IKS yang berwibawa mencapai tahap berkenaan.

Beliau berkata langkah itu selaras dengan sasaran kerajaan untuk mencapai pengeluaran dua juta metrik tan bahan yang berasaskan ikan setahun.

Sumber : Utusan

Tag : Berita

Baca : Produk Fish Best tembusi pasaran - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 57 - Matlamat 88
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon