Khamis, Disember 25, 2014

Permintaan kerepek melonjak menjelang shawal

BANTUL, Jawa Barat - Permintaan terhadap kerepek pisang yang merupakan salah satu produk unggul di sini melonjak sepanjang bulan Ramadan.

Peningkatan permintaan itu terbukti apabila sebuah kilang memproses kerepek pisang menggunakan kira-kira 200 sisir pisang sehari bagi menghasilkan sekitar 50 kilogram kerepek yang dijual antara 30,000 rupiah (RM9.82) hingga 40,000 rupiah (RM13) sekilogram.

Industri kecil dan sederhana (IKS) membuat kerepek pisang Delima di Glagahsari, Kelurahan Warungboto, Yogyakarta itu meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi peningkatan permintaan sepanjang Ramadan dan Syawal ini.

"Permintaan kerepek pisang pada bulan puasa meningkat. Jadi, kami perlu meningkatkan produksi sehingga dua kali ganda daripada hari biasa," kata seorang pengusaha IKS, Markiman.
Menurutnya, pada hari biasa, beliau hanya mengeluarkan sekitar tujuh hingga lapan kilogram kerepek, namun pada bulan puasa, jumlahnya meningkat sekitar 15 kilogram sehari.

"Saya mulai menerima tempahan sejak sebelum puasa, dan permintaan terus diterima sehingga sekarang," katanya.

Menurutnya, peningkatan permintaan berlaku daripada pembeli yang hendak menjual semula produk tersebut, selain daripada pemilik kedai kuih.

"Ada yang membeli untuk kegunaan sendiri, dan ada juga yang membelinya untuk dijual semula," katanya.

Beliau berkata, perusahaan yang berkembang sejak tahun 2002 itu mendapat sokongan daripada Jabatan Pertanian Kota Yogyakarta.

"Usaha ini masih di skala rumah kerana pasaran kami hanya untuk penduduk tempatan," katanya sambil memberitahu kerepek pisang keluarannya beraneka rasa iaitu manis, keju dan pedas.
Kerepek pisang itu dijual pada harga 25,000 rupiah (RM8.18) sekilogram.

"Selain kerepek yang mempunyai perasa, kami juga menerima tempahan mengikut perasa yang dikehendaki pembeli,". - ANTARA NEWS

Sumber : Utusan online

Tag : Berita

Baca : Permintaan kerepek melonjak menjelang shawal - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 54 - Matlamat 84
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon