Rabu, Disember 24, 2014

Pengurusan halal perlu diperkasa IKS

KUALA LUMPUR: Industri Kecil dan Sederhana (IKS) meminta kerajaan agar memperkasakan hab halal di Malaysia dengan segera ekoran perbezaan keputusan status halal antara Kementerian 

Kesihatan dan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) mengenai kemelut cokelat Cadbury.
Bagi pengusaha hab IKS di Sungai Soi, Kuantan, Pahang, Zuazna Wahap beliau berhasrat untuk membuka pusat hab halal yang menjual  kesemua produk daripada pengusaha IKS bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna tentang status halal makanan.


Ketika ini, Zuazna telah membuka premis secara kecil-kecilan bagi memberi ruang kepada pengusaha IKS untuk memasarkan produk mereka dan pada masa sama tidak mewujudkan suasana was-was di kalangan pengguna Islam.

Ketika ditemui, beliau turut berharap agar pihak berkuasa memberi perhatian dalam soal penentuan status halal bagi produk-produk makanan yang dipasarkan di negara ini sekaligus mengelakkan kecelaruan yang berbangkit seperti kes coklat Cadbury.

Selain mekanisme yang jelas dan seragam, penguatkuasaan dan pemantauan yang kerap di kilang atau di pasaran perlu dilakukan bagi memastikan produk makanan khususnya yang memperoleh sijil halal sentiasa bersih mengikut hukum Islam.

Sumber : astroawani

Tag : Berita

Baca : Pengurusan halal perlu diperkasa IKS - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 51 - Matlamat 81
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon