Ahad, Disember 28, 2014

Penduduk Jal Besar kerepek bayam

PENDUDUK JAL BESAR HASILKAN KEREPEK BAYAM

Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Kampung Jal Besar yang popular dengan pembuatan makanan ringan daripada pisang dan ubi menaikkan nama wanita di sini apabila satu lagi produk kerepek bayam diusahakan secara komersial.

Sarihah Omar, 45, yang sebelum ini terkenal dengan penghasilan kerepek pisang dan ubi mengorak langkah setapak lagi apabila memperkenalkan produk baru iaitu kerepek bayam kepada peminat kerepek di negeri ini. Menurutnya, jika sebelum ini, daripada pisang dan ubi dia boleh menghasilkan makanan ringan lebih daripada 10 jenis dan dengan daun bayam yang kaya dengan khasiatnya dijadikan kerepek.


“Setakat ini, dia terpaksa mendapatkan bekalan daun bayam terus dari ladang bagi menjamin kesegarannya. Kebiasaannya saya dapat bekalan daun bayam ini di Kampung Gelang Kecik dan Kampung Bendang Kerian di sekitar Tumpat ini sahaja,” katanya.

Sarihah berkata, walaupun kerepeknya mampu bertahan selama tiga bulan selepas digoreng, tetapi disebabkan permintaan yang tinggi, kerepek bayam stoknya tidak banyak. Menurutnya, dia dibantu dua pekerja dan jika sebelum ini mengusahakan pelbagai jenis kerepek di rumah tetapi dengan bantuan Jabatan Pertanian Tumpat, pusat pemprosesan kerepeknya telah berpindah di Pusat Aparantis di Chabang Empat.

Katanya, dia memulakan perusahaan itu hanya bermodalkan RM500, dipinjamnya daripada Amanah Ikhtiar pada tahun 1995, dia tidak menduga penghasilan kerepek pisang dan ubi secara kecil-kecilan di rumah bertukar menjadi seorang usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Kelantan.

“Daripada pisang boleh menghasilkan kerepek pisang masin, kerepek pisang sira, daripada ubi keledek, boleh hasilkan cakar ayam dan juga kerepek ubi pelbagai bentuk dan perasa,” katanya.
Sepanjang penglibatan dalam perniagaan itu, dia menerima banyak anugerah dan yang membanggakannya adalah dalam pertandingan hasil pertanian dan industri asas tani program perkampungan Hadhari 2007 kerana mendapat johan produk industri asas tani (kerepek ubi).

“Saya juga mendapat johan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan bagi makanan ringan (kerepek pisang) pada bulan Ogos tahun lepas, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya. Sarihah berkata, kejayaannya hari ini kerana bantuan Jabatan Pertanian Kelantan dan tanpanya, agak sukar untuk dia berada di tahap sekarang.

Sumber : Bernama

Tag : Berita

Baca : Penduduk Jal Besar kerepek bayam - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 59 - Matlamat 93
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon