Ahad, Disember 21, 2014

Peluang bumiputera ceburi perniagaan

MIRI 29 April - Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan peluang terbaik untuk golongan bumiputera di negeri ini menceburi dunia perniagaan dan bersaing secara sihat dengan kaum lain.

Menteri Muda Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Mohd. Naroden Majais berkata, menyedari kepentingan IKS kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dan kemudahan bagi menarik lebih ramai golongan bumiputera menjadi usahawan.


"Sebagai contoh, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sarawak meluluskan pinjaman RM16.4 juta untuk Tabung Modal Pusingan Koperasi di negeri ini.

"Kerajaan ingin melihat wang tersebut diguna dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangunkan koperasi dan IKS di samping melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera yang berdaya saing," katanya ketika berucap mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud merasmikan Pameran 

Koperasi dan Usahawan Sarawak-Terengganu 2012, di sini hari ini.
Mohd. Naroden dalam pada itu memberitahu, setakat ini terdapat 787 koperasi di seluruh negeri ini dengan jumlah ahli seramai 325,171 orang dan jumlah modal terkumpul RM137.6 juta.

Selain itu, katanya, statistik terbaru yang dikeluarkan menunjukkan semua koperasi di negeri ini berjaya memperolehi dana berjumlah RM233 juta dengan aset bernilai lebih RM394 juta.

"Berdasarkan statistik tersebut serta trend semasa, rakyat khususnya bumiputera mula memberi respons yang baik terhadap usaha kerajaan memperkasakan koperasi.

"Rakyat semakin memahami kepentingan koperasi dan peranan mereka sebagai ahli dalam memajukan koperasi masing-masing," katanya.

Mengenai Pameran Koperasi dan Usahawan Sarawak-Terengganu 2012, Mohd. Naroden berkata, program anjuran bersama SKM Sarawak dan SKM Terengganu itu bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat mengenai koperasi dan peranannya.

"Dengan adanya panduan dan bimbingan daripada SKM dan Felcra Holdings, kami harap lebih banyak koperasi ditubuhkan di Sarawak dan Terengganu dalam masa terdekat ini," katanya.

Sumber : Utusan online

Tag : Berita

Baca : Peluang bumiputera ceburi perniagaan - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 45 - Matlamat 74
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon