Isnin, Disember 29, 2014

MIDF pendukung industri IKS negara

Di antara peralatan terkini dan juga ruang penyimpanan barangan yang dimiliki oleh Hyper Region Labels Sdn. Bhd. di Johor Bahru.

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Hyper Region Labels Sdn. Bhd. (HRL) merupakan sebuah syarikat perkhidmatan yang menyediakan percetakan label produk industri berkualiti tinggi. HRL juga merupakan anak syarikat Kumpulan Hyper Region yang telah mula beroperasi pada tahun 1998 di Johor Bharu, Johor.

Bermula dengan operasi yang hanya terdiri daripada lima orang pekerja dan dua buah unit mesin pencetak label, HRL kini berkembang pesat dari segi perniagaan, operasi dan kapasiti pengeluaran. HRL kini mempunyai tiga buah cawangan kilang percetakan label produk industri di sekitar Johor Bharu yang beroperasi dengan lebih dari 100 tenaga kerja yang terlibat dalam pengendalian mesin dan peralatan yang berteknologi tinggi.

Berpandukan visi utama syarikat untuk menjadi Dynamic Benchmark and World Class Integrated Printing Provider, HRL sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan skala perniagaan kepada tahap yang lebih maju dan berdaya saing. Kini HRL telah bergiat dalam empat cabang percetakan label komersil antaranya Labels & Stickers Printing, Silkscreen Printing, Offset Printing, High Precision Die-cutting. Di samping bergiat dalam perkhidmatan percetakan komersil industri, syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan pembungkusan produk perindustrian sebagai sebuah cabang perniagaan yang berprospek tinggi. Ini selaras dengan hasrat HRL untuk menjadi pusat sehenti dalam industri percetakan komersial khusus untuk para pelanggannya.

Usaha bagi menjayakan matlamat ini diteruskan lagi dengan penggunaan Fasiliti Class 10,000 Clean Room oleh pihak syarikat bagi menguruskan produk-produk yang berkualiti tinggi. HRL sentiasa berusaha untuk memberikan kepuasan optimum kepada para pelanggan syarikat melalui perkhidmatan yang cemerlang dan harga yang kompetitif.

Bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan meningkatkan kepuasan pelanggan syarikat, HRL memberikan komitmen penuh bagi memajukan operasi pengeluaran dari segi kepakaran teknikal dan tahap inovasi dalam produk syarikat. Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) telah memainkan peranan penting dalam membantu HRL untuk mencapai matlamat mereka.
MIDF, sebuah institusi pembangunan kewangan yang juga merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Bhd. (PNB) telah ditubuhkan pada tahun 1960 sebagai salah satu inisiatif daripada International Monetary Fund (IMF) untuk menggerakkan sektor perindustrian Malaysia selepas negara mencapai kemerdekaan. Kepakaran dan pengalaman lebih lima puluh tahun dalam industri kewangan negara membolehkan MIDF untuk membantu industri kecil dan sederhana (IKS) dan juga syarikat korporat besar bagi mendapatkan pembiayaan pembangunan yang diperlukan untuk kekal relevan dalam industri sekaligus mempertingkatkan daya saing dan daya pengeluaran.

Sejajar dengan visi MIDF untuk memajukan industri IKS dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, institusi kewangan itu telah memberikan sokongan yang konsisten kepada HRL. Pembiayaan mesin-mesin berteknologi tinggi baru untuk setiap cabang percetakan komersil di pusat-pusat operasi HRL oleh MIDF bukan sahaja secara langsung meningkatkan produktiviti dan kelancaran proses pengeluaran, malah dengan adanya teknologi moden tersebut, ianya telah membuka peluang baru kepada HRL dalam pasaran produk percetakan industri yang lebih sofistikated.

Pembiayaan pinjaman yang diterima oleh HRL daripada MIDF adalah di bawah program bantuan kewangan kerajaan yang dikenali sebagai Skim Pinjaman Mudah untuk Industri Kecil & Sederhana (SLSME) dengan jumlah terkumpul sebanyak RM4.5 juta. Skim SLSME bukan sahaja membiayai pembelian aset tetap seperti tanah dan bangunan kilang/komersial, mesin dan peralatan tetapi juga untuk membiayai pemerolehan sistem perisian/perkakasan ICT . Sebagai tambahan kepada skim ini, HRL juga telah membuat pinjaman pembiayaan Skim Pinjaman Mudah Automasi dan Modernisasi (SLSAM) sebanyak RM1.4 juta.

SLSAM adalah skim pinjaman yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan meluas mesin automasi dalam proses pengeluaran yang dapat mengurangkan pergantungan kepada aktiviti intensif buruh terutama sekali buruh asing. MIDF juga menyediakan Skim Pinjaman Mudah bagi Pembangunan Automotif (SLSAD) kepada syarikat-syarikat yang terlibat di dalam pengeluaran komponen automotif dalam meningkatkan aktiviti pengeluaran mereka.

Dengan bantuan pembiayaian MIDF, HRL telah dapat mengembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa dengan pelanggan-pelanggan dari Amerika Syarikat, Jerman, Singapura, Jepun, Myanmar dan Indonesia. Pelanggan-pelanggan antarabangsa HRL merupakan nama-nama besar daripada pelbagai industri. Ini membuktikan bahawa kualiti perkhidmatan dan produk syarikat telah berjaya menembusi pasaran global.

Kejayaan dalam menceburi pasaran antarabangsa telah meletakkan cabaran-cabaran baru untuk dihadapi HRL. Antara cabaran yang perlu dihadapi adalah seperti persaingan sengit dari syarikat percetakan domestik dan luar negara, persaingan harga dan kos bahan mentah yang dipengaruhi oleh pasaran mata wang dunia dan juga isu-isu alam sekitar yang sering dikaitkan dengan industri percetakan.

HRL bertindak menangani cabaran-cabaran tersebut melalui perancangan teliti dari aspek kewangan syarikat, operasi pengeluaran, penjagaan kualiti produk dan pemantauan ekonomi dunia. HRL juga memberikan komitmen penuh dalam pemeliharaan alam sekitar dengan mematuhi syarat-syarat ISO 14001: 2004 Environmental Management System Standard. HRL juga memastikan barangan yang digunakan dalam proses pengeluaran memenuhi syarat-syarat pematuhan pemeliharaan alam sekitar antarabangsa.

Melalui usaha-usaha yang dijalankan untuk memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan dan juga memastikan kepuasan para pelanggan sentiasa terjaga, HRL telah berjaya untuk berkembang maju dalam perniagaan pada kadar yang membanggakan. HRL telah berjaya memperoleh anugerah piawaian ISO 9001 (Quality Management System) pada tahun 2004 dan juga ISO 14001 (Environment Management System) pada tahun 2010.

Tahun 2011 merupakan antara tahun yang membanggakan bagi HRL di mana keuntungan syarikat telah merekodkan peningkatan sebanyak 1.5 kali ganda berbanding tahun pertama ianya beroperasi. Ini merupakan pencapaian yang memberansangkan bagi HRL untuk memulakan tahun 2012 yang serba mencabar.

Sumber : Utusan

Tag : Berita

Baca : MIDF pendukung industri IKS negara - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 62 - Matlamat 96
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon