Sabtu, Disember 27, 2014

Masalah IKS dapatkan pinjaman

Masalah usahawan IKS dapatkan pinjaman

MUKADIMAH

Para pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) bumiputera tempatan sering kali mendakwa mereka sukar mendapat pinjaman atau bantuan kerajaan yang di salurkan melalui bank-bank tempatan. Pada masa yang sama, bank-bank pula menafikan dakwaan itu dan berkata pinjaman itu memang yang di sediakan untuk IKS. Berikutan pelbagai rungutan dan persoalan, Wartawan Utusan Mowardi Mahmud dan Izwar Abdul Wahid baru-bari ini telah menemu bual Kamari Zaman Juhari, Pengurus Kanan Unit Pembanggunan Usahawan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengawasi perjalanan bank-bank di negara ini.

Berikut ialah hasil temu bual itu:

UTUSAN: Usahawan tempatan mendakwa mereka masih sukar mendapatkan pinjaman, bank pula tidak memberikan mereka pembiayaan yang diperlukan. Apakah dakwaan ini benar atau tidak?

BNM: Kerajaan telah menubuhkan beberapa buah tabung untuk para usahawan IKS berdaya maju dan layak dalam sektor-sektor ekonomi tertentu bagi memastikan mereka terus mendapat akses kepada kemudahan kredit pada kos yang berpatutan.

Dalam penyediaan tabung itu, kerajaan telah melantik institusi-institusi kewangan untuk memproses permohonan pinjaman dan menanggung segala risiko kredit pinjaman yang dikeluarkan.

Berdasarkan perkembangan yang ada tabung ini telah membantu ramai usahawan. Sebagai contoh, Tabung Industri Kecil dan Sederhana (TIKS) yang ditubuhkan pada Januari 1998 telah membiayai 5,463 usahawan dan syarikat-syarikat kecil dan sederhana (IKS) dengan pinjaman yang bernilai RM3,950.5 juta, jauh melebihi dana yang diperuntukkan di bawah tabung tersebut yang berjumlah RM1,850 juta.

TIKS telah ditutup pada April 2000 setelah peruntukannya digunakan sepenuhnya. Pada bulan yang sama Tabung Industri Kecil dan Sederhana 2 ditubuhkan bagi memastikan usahawan dan IKS terus mendapat akses kepada pembiayaan pada kos yang berpatutan khususnya IKS yang terlibat dengan pasaran eksport.

Begitu juga, Tabung Usahawan Baru (TUB), sebuah tabung pusingan dengan peruntukan asal berjumlah RM250 juta dalam tahun 1989.

Ekoran permintaan yang tinggi, peruntukannya ditambah beberapa kali dan kali terakhir pada 27 Mac 2001 di mana jumlahnya telah ditambah daripada RM1,250 juta kepada RM1,500 juta.

Secara amnya, lebih 50 peratus daripada peruntukan tabung-tabung tersebut telah digunakan kecuali Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB) dan TIKS 2 yang hanya beroperasi sejak setahun yang lalu dan Tabung Pemulihan Industri Kecil dan Sederhana (TPIKS) yang mempunyai sasaran IKS yang bermasalah.

UTUSAN: Adakah terdapat bank yang masih lagi belum memenuhi syarat yang ditetapkan dalam memberi pinjaman kepada industri kecil dan sederhana (IKS). Sekiranya ada, apakah alasan yang sering diberikan?

BNM: Bank Pusat melalui garis panduan pinjaman kepada IKS tahun 1999 telah menetapkan supaya bank perdagangan dan syarikat kewangan memberi pinjaman kepada IKS secara keseluruhannya sekurang-kurangnya RM1.24 bilion untuk dipatuhi pada 31 Disember 2000.

Kedudukan pinjaman kepada IKS pada tarikh pematuhan tersebut adalah seperti dalam jadual di atas. Berdasarkan statistik jadual itu, pencapaian bank-bank perdagangan dan syarikat-syarikat kewangan masing-masing telah jauh melebihi sasaran sebanyak RM7,235.5 juta dan RM447.1 juta.

UTUSAN: Adakah BNM menyedari masalah ini (Keengganan bank komersial memberikan pinjaman). Apakah pula tindakan BNM berhubung perkara ini?

BNM: Institusi-institusi kewangan dalam menilai dan meluluskan sesuatu permohonan pinjaman perlu mengamalkan sikap berhemat kerana institusi kewangan perlu mengambil kira kepentingan pemegang saham dan pendeposit selain kepentingan ekonomi negara secara amnya.

BNM bersedia menerima aduan daripada mana-mana pihak. Bank Pusat telah mewujudkan Unit Pengaduan dan Pengawasan Pinjaman (UPPP) dan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) untuk mengendalikan aduan-duan itu.

UPPP menerima semua jenis aduan berkaitan urusan perkhidmatan dengan institusi perbankan manakala UPB pula mengendalikan isu-isu pembiayaan usahawan bumiputera.

Bagi tempoh setengah tahun pertama 2001, sejumlah 1,184 aduan telah diterima dan 202 daripadanya berkaitan dengan isu pembiayaan. Pecahannya adalah seperti jadual di atas.

Aduan diterima dari Januari 2001 hingga Jun 2001 ialah bagi isu pembiayaan dengan jumlah rayuan permohonan pinjaman 102, rayuan permohonan penyusunan semula pinjaman 100, lain-lain perkhidmatan 982, jumlah 1,184.

BNM sentiasa memantau dan meneliti setiap aduan yang diterima dan akan meminta institusi kewangan berkaitan untuk memberi penjelasan.

Bagi kes-kes yang dianggap rumit dan jika perlu, pihak BNM akan meminta pengadu dan institusi kewangan berkaitan hadir di meja rundingan.

Bank Pusat telah mengeluarkan garis panduan berian pinjaman kepada masyarakat bumiputera yang menghendaki setiap bank perdagangan dan syarikat kewangan mengeluarkan pinjaman kepada bumiputera sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman yang dikeluarkan pada tarikh itu.

Berdasarkan perangkaan untuk tempoh 16 bulan berakhir 30 April 2001, jumlah berian pinjaman kepada masyarakat bumiputera oleh bank-bank perdagangan dan syarikat-syarikat kewangan telah melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu masing-masing sebanyak 30.8 peratus dan 42.9 peratus.

Perangkaan suku tahun pertama 2001 menunjukkan sejumlah kecil permohonan pinjaman yang ditolak iaitu 11 peratus daripada keseluruhan permohonan pinjaman yang diterima. Ini menunjukkan pihak institusi kewangan tidak sewenang-wenangnya menolak sebarang permohonan pinjaman, kecuali ia tidak menetapi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

UTUSAN: Adakah BNM memantau perkara ini. Terdapat cadangan supaya BNM turun padang dari semasa ke semasa, adakah pernah dilakukan sebelum ini?

BNM: Seperti yang telah dijelaskan, BNM sentiasa memantau prestasi institusi kewangan khususnya yang melibatkan kualiti aset dan tanggungan setiap institusi-institusi kewangan.

BNM sememangnya telah `turun ke padang'. Kami dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) atau lain-lain dewan perniagaan telah dan sedang mengadakan sesi-sesi dialog dan taklimat bergerak dengan para usahawan bumiputera di seluruh negara. Sambutan di kalangan usahawan adalah amat menggalakkan.

Pada tahun 2000 BNM telah menghadiri 35 sesi-sesi dialog serta taklimat di seluruh Malaysia. Bagi tahun 2001, 12 taklimat mengenai tabung-tabung khas BNM telah diberikan dan 12 lagi sedang di dalam perancangan untuk diberikan sebelum akhir tahun 2001.

Maklumat mengenai tabung-tabung khas tersebut juga boleh dilawati di laman web BNM i.1 http://www.bnm.gov.my.

UTUSAN: Apakah yang boleh dilakukan bagi memudahkan lagi pinjaman dikeluarkan?

BNM: Proses pengeluaran pinjaman melibatkan usaha pihak institusi-institusi kewangan dan usahawan-usahawan itu sendiri.

BNM telah pada 21 Disember 1999 mengkehendaki semua institusi perbankan supaya menyediakan dan mempamerkan piagam pelanggan yang berkaitan dengan urusan pengendalian pemprosesan permohonan pembiayaan daripada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Di antara lainnya, piagam pelanggan perlu mengandungi syarat-syarat kelayakan dan tempoh memproses pinjaman. Dengan cara ini, usahawan bukan sahaja memantau kedudukan permohonan pinjamannya, malah ia dapat membantu usahawan dalam rancangan perniagaannya.

Institusi kewangan juga dikehendaki menyatakan sebab-sebab permohonan pinjaman ditolak.
Persatuan-persatuan dan dewan-dewan perniagaan berperanan penting dalam membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada ahli-ahli mereka dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran dalam perniagaan yang diceburi, selain menyebarkan maklumat mengenai kemudahan pembiayaan kerajaan.

UTUSAN: Bagaimana dengan cadangan supaya ditetapkan satu dasar yang menghendaki permohonan diproses segera dalam tempoh tertentu? Sebagai contoh, dalam masa dua atau tiga minggu.

BNM: Perkara ini telahpun dilaksanakan melalui keperluan garis panduan `Piagam Pelanggan Mengenai Pemberian Pinjaman Kepada Industri Kecil dan Sederhana' bertarikh 21 Disember 1999. Lanjutan daripada itu, pihak Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) telah memberi perakuan bahawa ahli-ahlinya bersedia memberi keputusan terhadap permohonan pinjaman dalam masa satu bulan dari tarikh penerimaan semua dokumen-dokumen yang diperlukan.

UTUSAN: Kenapa tidak BNM menyalurkan sendiri pinjaman kepada usahawan bumiputera secara segera tanpa melalui bank komersial? Sebagai contohnya, bank komersial hanya menyalurkan pinjaman tetapi penilaian dan pemprosesan semua boleh dilaksanakan oleh BNM.

BNM: Keputusan melaksanakan skim tabung-tabung khas kepada IKS melalui institusi-institusi perbankan adalah untuk memudahkan usahawan membuat permohonan.

Berdasarkan taburan usahawan yang meluas, amatlah rumit untuk menghendaki usahawan itu yang menjalankan aktiviti perniagaan, seperti di Gua Musang (Kelantan), Kudat (Sabah) dan Tebedu (Sarawak) untuk ke BNM Kuala Lumpur bagi memohon pinjaman tabung-tabung khas ini. Ini menjadikan institusi kewangan lebih sesuai kerana ia mempunyai infrastruktur di seluruh negara dan kemudahan kerja-kerja pemantauan yang mencukupi.

BNM juga menyediakan tabung iaitu Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB) yang dikendalikan terus oleh ERF Sdn. Bhd (sebuah anak syarikat BNM).

UTUSAN: Adakah BNM memudahkan cara untuk para usahawan bumiputera membuat aduan, seperti biro aduan pinjaman usahawan khas untuk usahawan bumiputera.

BNM: Aduan-aduan merupakan input penting kepada BNM untuk menilai keberkesanan pengurusan perkhidmatan institusi perbankan.
Secara dasar, usahawan bumiputera dinasihatkan supaya mengemukakan aduan dan pertanyaan kepada Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di bank perdagangan masing-masing. Unit ini berperanan sebagai pusat setempat untuk urusan pinjaman dan khidmat nasihat. Sekiranya pengadu tidak berpuas hati, mereka boleh mengemukakan aduan tersebut ke Jabatan Pengawalan Bank, BNM.

UTUSAN: Terdapat aduan bahwa bank komersial bersikap `prejudis' terhadap usahawan bumiputera. Usahawan bukan bumiputera pula diberikan layanan. Sejauh manakah kebenarannya.

BNM: Berdasarkan pencapaian garis panduan berian pinjaman kepada masyarakat bumiputera, BNM berpuas hati dengan pencapaian institusi perbankan walaupun masih terdapat ruang-ruang yang boleh diperbaiki. Berdasarkan kajian soal selidik ke atas institusi kewangan, antara faktor-faktor kegagalan sesetengah pemohon pinjaman adalah disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
i) Pengurusan kewangan yang lemah;
ii) Projek/perniagaan tidak berdaya maju;
iii) `Gearing' yang tinggi;
iv) Rekod perniagaan yang kurang memuaskan;
v) Pengurusan pinjaman yang lemah; dan
vi) Keupayaan membayar balik pinjaman diragui.

Di dalam kebanyakan kes, usahawan kurang faham atau mengerti mengenai prosedur permohonan pinjaman di institusi-institusi kewangan yang menyebabkan permohonan pinjaman mereka ditolak. Usahawan perlu mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan untuk memastikan permohonannya berjaya.

UTUSAN: Adakah para usahawan bumiputera gagal atau bermasalah disebabkan oleh mereka tidak pandai menyediakan kertas kerja atau kurang sandaran (collateral) pinjaman?.

BNM: Tiada apa-apa masalah dengan usahawan bumiputera. Paling penting mereka perlu menunjukkan komitmen dan pencapaian prestasi perniagaan yang tinggi serta rekod pengurusan kewangan yang baik. Usahawan itu juga perlu berusaha kuat dan memastikan perniagaannya mendapat keuntungan. Dengan ini, institusi perbankan amat selesa berurusan dengan Usahawan itu.

UTUSAN: Jika terdapat kelemahan dari segi kertas kerja, apakah tindakan BNM? Mungkin boleh mengadakan kursus melalui kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan?

BNM: Banyak kursus atau bengkel mengenai persediaan kertas kerja dan pengendalian urusan kewangan disediakan oleh pelbagai pihak termasuk Kementerian Pembangunan usahawan, SMIDEC, Mara, CGC dan Institusi Usahawan Negara untuk menyalurkan pengetahuan dan teknik-teknik baru dalam pengendalian perniagaan kepada usahawan bumiputera. Usahawan bumiputera sepatutnya mengambil sikap proaktif dengan menghadiri kursus-kursus dan bengkel-bengkel yang disediakan.

BNM dengan kerjasama Institut Bank-Bank Malaysia akan terus mengadakan kursus dan bengkel pengurusan kewangan kepada usahawan bumiputera untuk meningkatkan tahap kemahiran. Institusi perbankan juga mengendalikan in-house training kepada para pelanggannya dari semasa ke semasa.

UTUSAN: Jika lemah dari segi kekurangan sandaran, apakah gunanya diwujudkan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd. (CGC)? Bukankah yang diperuntukkan mencukupi untuk menjamin pinjaman usahawan bumiputera? (Ia juga boleh ditambah kerana Gabenor BNM sendiri pengerusi CGC?)

BNM: CGC ditubuhkan untuk membantu usahawan IKS yang tidak mempunyai cagaran atau kekurangan cagaran untuk memperoleh pembiayaan melalui pelbagai skim lindungan jaminan. Walau bagaimanapun, cagaran bukanlah merupakan faktor utama kelulusan sesuatu permohonan pinjaman kerana ia tidak boleh digantikan dengan keperluan daya maju projek. Cagaran hanyalah sebagai mekanisme untuk mengurangkan risiko ketidakupayaan untuk membayar balik.

Bagi mempercepatkan proses kelulusan pinjaman, CGC juga telah memperkenalkan Skim Jaminan Laluan Terus di mana usahawan boleh memperoleh kelulusan CGC terlebih dahulu sebelum mengajukan permohonan kepada institusi perbankan.

Kaedah ini dapat mempercepatkan proses kelulusan pinjaman serta mengelakkan usahawan daripada mengemukakan permohonan berulang kepada institusi perbankan memandangkan kelulusan jaminan CGC telah pun diperoleh.

Selain daripada itu, CGC juga telah mempunyai `portal'nya sendiri di mana usahawan-usahawan boleh membuat permohonan melalui sistem i-guarantee. Melalui sistem ini, usahawan boleh mengemukakan satu permohonan kepada semua institusi perbankan dengan mengisi satu borang permohonan melalui Internet (i-guarantee.com.my). CGC kemudiannya akan menimbang permohonan dan menyenaraikannya untuk dibida oleh institusi perbankan yang akan menghubungi usahawan itu untuk pengesahan maklumat dan membida di lelongan. Tawaran terbaik akan dipilih dan institusi perbankan dan usahawan akan dimaklumkan.

Sumber : Utusan online

Tag : Berita

Baca : Masalah IKS dapatkan pinjaman - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 56 - Matlamat 87
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

1 comments so far

Adakah anda sedang mencari pinjaman? anda berada di tempat yang tepat untuk penyelesaian pinjaman anda di sini! Global Finance Limited memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan 2%. sila hubungi kami melalui e-mel melalui marywilliam902@gmail.com

DATA PERMOHONAN

1) Nama Penuh:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Negeri:
5) Seks:
6) Status perkahwinan:
7) Pekerjaan:
8) Nombor telefon:
9) Kedudukan Semasa di tempat kerja:
10) Pendapatan bulanan:
11) Jumlah Pinjaman yang diperlukan:
12) Tempoh Pinjaman:
13) Tujuan pinjaman:
14) Agama:
15) Adakah anda memohon sebelum:
16) Tarikh lahir:
Terima kasih,

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon