Sabtu, Disember 20, 2014

Kongsi rahsia kejayaan mydin, kfc

KOTA BHARU 20 April - Dalam dunia perniagaan, nama Mydin dan Kentucky Fried Chicken (KFC), sememangnya meniti di setiap bibir rakyat negara ini.

Setiap kali hendak 'memborong' barangan keperluan rumah pada harga yang murah dan berpatutan, nama Mydin pasti muncul, begitu juga KFC ketika keluarga ingin menjamu selera dalam suasana meriah.

Usahawan di negeri ini berpeluang menimba resipi kejayaan konglomerat berkenaan menerusi peneraju mereka dalam simposium Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Dalam 1Malaysia bertemakan Berubah Atau Rebah di sini, Khamis ini.


Pengerusi KFC Holdings, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation; Pengurus Besar KFC Marketing, Nasharuddin Shukor dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd., Datuk Ameer Ali Mydin akan menghadiri simposium itu.

Simposium anjuran Mara negeri bersama beberapa badan termasuk Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani (Komita), Gerak Tingkat Ekonomi Negeri Kelantan (GTEN) dan Persatuan Perdagangan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) itu akan diadakan di Dewan Persidangan, 

Pusat Dagangan Kelantan dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.
Menurut Pengerusi Pengelola, Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad, program itu membincangkan masalah terkini yang dihadapi usahawan IKS pada era pasca pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan permulaan Modal Ekonomi Baru (MEB).

''Para peserta turut dapat bersemuka dengan tokoh-tokoh itu yang akan membentangkan pandangan di samping mendengar rentetan pengalaman mereka seperti bagaimana Datuk Ameer membina empayar 'runcit dan borong' Mydin dan bersaing dalam perniagaan yang mencabar itu," katanya.

Katanya, dalam masa sama, satu sudut khas 'Klinik Usahawan Mydin' yang dikendalikan empat pegawai syarikat itu akan dibuka bagi membolehkan usahawan yang hadir mengetahui peluang niaga mereka dengan Mydin.

"Peluang perniagaan sama juga akan dibentangkan oleh KFC melalui pembentangan di sebelah petang selama sejam bersama pengurus besarnya sendiri," jelasnya.
Sheikh Ahmad Dasuki berkata, ucaptama bertajuk 'Jihad Perniagaan Pemangkin Ekonomi Ummah' akan disampaikan oleh Muhammad Ali yang merupakan salah seorang ikon bumiputera dalam dunia perniagaan.

Jelasnya, antara yang akan dibincangkan dalam simposium adalah masalah penyediaan modal teroka usahawan, program peluang kedua kepada usahawan yang 'sakit' dan bagaimana memastikan usahawan mendapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan.

Katanya, kira-kira 1,000 peserta yang terdiri daripada usahawan IKS dan kakitangan kerajaan dijangka hadir dalam simposium yang dinaungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Lebih 50 NGO usahawan negeri ini turut terlibat termasuk 10 NGO bukan Melayu serta 100 peserta jemputan dari luar Kelantan seperti Johor, Selangor dan Kedah.

"Di sinilah tempatnya kita semua daripada pelbagai kaum dapat berkumpul dan berbincang masalah sama yang dihadapi para usahawan di samping mewujudkan rangkaian niaga," katanya.

Katanya, sebarang maklumat lanjut tentang pendaftaran program boleh didapati dengan menghubungi talian 09-748 2091 atau 019 9955995.

Sumber : Utusan online

Tag : Berita

Baca : Kongsi rahsia kejayaan mydin, kfc - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 41 - Matlamat 69
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon