Ahad, Disember 21, 2014

GST mendapat sokongan IKS dan syarikat besar

IPOH – Data 129,000 syarikat mendaftar dengan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang direkodkan sehingga Jumaat lalu, membuktikan pelaksanaan sistem berkenaan mendapat sokongan syarikat besar dan industri kecil sederhana (IKS) di negara ini.


Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, jumlah itu melebihi jangkaan awal kerajaan yang menyasarkan 123,000 syarikat terlibat pada tahun pertama pelaksanaan GST yang bakal bermula, April tahun depan.

Menurutnya, berdasarkan unjuran, hampir 2,200 hingga 2,600 syarikat direkod mendaftar GST dalam tempoh sehari, sementara sekitar 400 syarikat pula membuat pendaftaran pada hari tidak bekerja.

“Pendaftaran yang kita terima sekarang sudah melepasi jangkaan pelaksanaan tahun pertama, jika bersandarkan pegangan itu, sehingga 31 Disember ini kita akan dapat capai 200,000 syarikat mendaftar GST atau mungkin lebih daripada itu.

“Bermakna dalam konteks ini, inisiatif kerajaan memperkenalkan GST terbukti mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat besar dan IKS sendiri,” katanya selepas Wawancara Khas bersama PerakFM, semalam.

Ahmad Husni berkata, dalam tempoh setahun ini, sebanyak sembilan negara antaranya Andorra, Korea dan Somalia mula memperkenalkan GST dalam pelaksanaan cukai masing-masing menjadikan 169 negara seluruh dunia mengguna pakai sistem sama.

“Seperti di Andorra, kadar mereka buat lima peratus. Ada satu dua negara yang mengenakan lapan peratus dan selebihnya antara 10 hingga 15 peratus, jadi kita masih lagi antara yang terendah.

“Inilah trend sekarang yang diamalkan di kebanyakan negara, dunia sudah berubah ke arah itu, jadi kita berada dalam persekitaran kondusif untuk laksanakan terutama dengan penerimaan pendaftaran dari syarikat,” katanya.


Sumber : Sinar harian

Tag : Berita

Baca : GST mendapat sokongan IKS dan syarikat besar - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 48 - Matlamat 77
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon