Isnin, Disember 29, 2014

Ekonomi Langkawi Bersama IKS Di TV1

MENGGILAP POTENSI EKONOMI LANGKAWI BERSAMA IKS DI TV1

Landskap ekonomi di Pulau Langkawi dilihat berkembang maju. Bukan sekadar di sumbang sektor pelancongan malah juga oleh industri kecil dan sederhana yang diaktifkan penduduk tempatan. 

Saranan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad ketika Langkawi masih digilap potensinya, agar penduduk disini mengubah sikap dengan merebut peluang ekonomi, nampaknya berhasil. Di daerah Wang Tok Rendong misalannya, industri pembuatan bot dan kraftangan batu marmar yang dijalankan masyarakat tempatan semakin pesat berkembang.

Lalu Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam usaha untuk menyuntik kesedaran sekaligus membuka mata masyarakat terhadap keistimewaan bumi Langkawi yang sememangnya semakin meningkat maju membawa tumpuan orang ramai untuk mengikuti program IKS pada 26 Mac 2011 (Sabtu), jam 11.05 pagi di TV1.

Menampilkan pengacara Rozaihan Abdul Rahim, antara yang berpotensi untuk dikongsi sama dengan penonton adalah berkaitan kraftangan batuan marmar dimana sememangnya umum sedia maklum 

Gugusan Kepulauan Langkawi, menyimpan pelbagai khazanah alam yang sangat berharga. Batuan marmar salah satu darinya. Dengan kurniaan alam ini, ia boleh menjadi sumber ekonomi lumayan kepada penduduknya.

Kualiti dan keunikan batu marmar yang terdapat di kepulauan ini diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Ramai yang tidak sedar, Langkawi sebenarnya merupakan antara pengeluar batu marmar terbaik di dunia.


Di daerah Wang Tok Rendong, Fabillah Rahim, anak jati Langkawi tampil mengusahakan produk kraftangan berasaskan batu marmar sejak 17 tahun yang lalu. Melalui syarikat Fabillah Marble Kraft Sdn Bhd. beliau mencurahkan segala minat dan pengalaman luasnya dalam bidang pembuatan marmar. Batu Marmar Langkawi begitu unik jika hendak dibandingkan dengan marmar lain di dunia.
Istimewanya, setiap pulau di sini menghasilkan jenis batuan marmar yang berbeza.Pulau Dayang Bunting umpamanya, mempunyai marmar antara yang terbaik di dunia iaitu dari jenis Royal White. 
Marmar jenis Royal White berwarna putih, biasanya digunakan untuk menghasilkan lampu hiasan.
Nama Fabillah Marble Kraft terus meniti di bibir peminat seni kraf terutamanya di Langkawi apabila terus-terusan mendapat perhatian pelancong tempatan juga antarabangsa. Antaranya pelancong Jepun, Jerman dan Rusia.

Di Fabillah Marble Kraft, pelbagai produk kraf berasaskan marmar boleh didapati. Lebih 50 jenis produk kraf mampu dihasilkan tanpa mengira saiz, jenis dan reka bentuk. Antaranya, pasu, jam, meja, candle light dan pelbagai jenis cenderahati.

Pelbagai produk kraf marmar keluaran Fabillah Marble Kraft mendapat permintaan yang amat menggalakkan daripada hotel-hotel terkemuka di sekitar Langkawi. Antaranya batu-batuan marmar bagi tujuan hiasan landskap dan kegunaan spa.

Di mata pelancong tempatan mahupun antarabangsa, Langkawi amat unik jika dibandingkan dengan pulau-pulau lain di Malaysia. Dengan kewujudan 4 buah marina di Pulau Lagenda Mahsuri ini, ia pasti menjanjikan keselesaan kepada pelayar-pelayar kapal dan bot yang singgah berlabuh di sini. 

Bagi peminat kapal layar atau bot, Langkawi ada tarikannya yang tersendiri.
Tidak ramai yang tahu bahawa Langkawi mempunyai tenaga kepakaran dalam pembuatan bot. Daripada bot anjal, fiberglass mahupun aluminium, ada seorang anak tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Faridudin Abdullah Sani, yang berpengalaman dalam dunia permotoran, mengusahakan pembuatan dan perkhidmatan baikpulih bot melalui Swift Inflatables Sdn Bhd. 

Menariknya, beliau berjaya membuktikan sekalipun bermodal kecil, hanya RM 20 ia bukanlah penghalang untuk memulakan perniagaan ini. Beliau melihat potensi yang cukup besar dalam industri pembuatan bot terutamanya untuk kegunaan pelayar-pelayar antarabangsa yang kebanyakkannya singgah di Langkawi.

Kepakaran dan kelebihan Swift Inflatables dalam menghasil serta membaik pulih pelbagai jenis bot, membuatkan namanya menjadi bualan ramai pelayar antarabangsa. Promosi dari “mulut ke mulut” sesama pelayar inilah, membuatkan servis dan bot keluaran Swift Inflatables terus mendapat permintaan yang amat menggalakkan sehingga kini.

Dengan pelbagai tarikan pelancongan yang ada di Pulau Langkawi ini, ia sememangnya banyak menyumbang kepada peningkatan taraf ekonomi penduduk setempat. Saksikan IKS, hari Sabtu, 26 Mac 2011, jam 11.05 pagi di TV1 untuk mengikuti kisah selanjutnya bagaimana usahawan IKS ini menggilap potensi ekonomi di Langkawi.


Sumber : Bernama

Tag : Berita

Baca : Ekonomi Langkawi Bersama IKS Di TV1 - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 61 - Matlamat 95
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon