Sabtu, November 15, 2014

Tujuh peratus produk IKS di Pasaraya

Hanya tujuh peratus produk keluaran IKS ditempatkan di Pasaraya

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Hanya tujuh peratus produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan ditempatkan di pasaraya besar berbanding kuota 30 peratus yang dibenarkan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keengganan pengusaha pasaraya menerima produk tempatan serta pelbagai alasan yang diberikan menjadi faktor kepada peratusan tersebut.

"Walaupun garis panduan penyertaan asing dalam perdagangan pengedaran di Malaysia 2004 menetapkan agar 30 peratus produk di hypermarket asing hendaklah terdiri daripada produk keluaran IKS tempatan, tetapi akibat sikap pengusaha (hypermarket) terbabit, sasaran itu agak sukar dicapai.

"Sebab utamanya adalah sikap tolak-menolak yang dilakukan pengusaha pasaraya besar. Mereka mengatakan produk tempatan tidak berkualiti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan ekspo suaian perniagaan antara IKS bersama hypermarket dan pasaraya tempatan dan asing di sini, hari Jumaat.

Program selama tiga hari itu disertai 90 syarikat IKS tempatan.
Ismail Sabri berkata, walaupun kuota tersebut hanyalah sebagai garis panduan tetapi kementerian berharap mereka lebih jujur dan memahami dasar kerajaan dalam membantu pengusaha IKS tempatan.

Beliau berkata jika pengusaha hypermarket sering memohon supaya kerajaan membuka lebih banyak pasaraya besar, mereka juga perlu memenuhi permintaan kerajaan agar memberi kelonggaran dan keutamaan untuk produk-produk keluaran IKS ditempatkan di pasaraya mereka.

"Apabila mereka (pengusaha) ingin kita buka lebih banyak hypermarket jadi kementerian juga mahu lihat pengusaha hypermarket ini lebih jujur dalam membantu pengusaha IKS tempatan.

"Jangan kita sahaja diminta lembutkan dan longgarkan undang-undang dan garis panduan untuk membenarkan mereka beroperasi, dan jika itu permintaan mereka, kementerian juga mahu mereka akur dan mempunyai semangat untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi membantu bumiputera," katanya.

Ismail Sabri berkata, bagi memastikan kuota tersebut dicapai kementerian itu telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Setiausaha kementerian yang berperanan memantau agar pengusaha hypermarket dan pasaraya besar memberi keutamaan kepada produk IKS untuk dijual di tempat mereka.

Beliau juga berkata, dalam memastikan produk IKS berjaya memasuki pasaraya besar, pengusaha IKS juga perlu lebih kreatif dalam penghasilan produk terutamanya dari segi rekabentuk dan piawaian produk serta menghasilkan produk yang berbeza antara satu sama lain.

"Jadi kalau produk tersebut adalah sama, mana mungkin hypermarket dan supermarket akan mengambil kesemuanya. Mereka juga mungkin ada kuota tertentu untuk produk-produk yang boleh dijual di pasaraya mereka," katanya.

Mengenai program suaian perniagaan pula Ismail Sabri berkata, program sulung itu diadakan untuk mempertemukan pengusaha IKS tempatan dengan pihak hypermarket serta pasaraya tempatan dan asing supaya mereka boleh menilai sendiri produk keluaran IKS yang boleh disenarai tetap disemua premis masing-masing.

Beliau berkata, kerajaan amat berharap program ini mampu mmengubah persepsi pengusaha hypermarket dan pasaraya besar bahawa produk buatan IKS adalah setanding dengan produk yang diimport.

"Mereka yang menyertai program ini dipilih berdasarkan kualiti dan standard barangan yang mereka hasilkan adalah berkualiti dan diyakini boleh menembusi pasaran pasaraya besar.

Sumber : Bernama

Tag : Berita

Baca : Tujuh peratus produk IKS di Pasaraya - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 27 - Matlamat 54
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon