Selasa, November 11, 2014

Pengusaha IKS tak faham GST

Lebih 80% pengusaha IKS tak faham GST, patut tangguh

Jun 27 2014 / Fazallah Pit
SHAH ALAM 27 JUN: Lebih 80 peratus pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (PKS) tidak tahu dan tidak memahami cukai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)


Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia (PKS), Teh Kee Sin berkata beliau menggesa Kerajaan Pusat agar melanjutkan tempoh pelaksanaan itu selama tiga tahun lagi bagi membolehkan pengusaha PKS menyesuaikan diri dengan cukai baharu itu.

"Berilah sedikit masa untuk PKS menyesuaikan diri dengan sistem ini. Janganlah denda kami, sekiranya ada yang belum mengikuti cukai baharu ini apabila ia dilaksanakan kelak.

"Kerajaan sudah berikan dua tahun, tapi kami berharap tiga tahun untuk tempoh penyesuaian diri untuk PKS," katanya dipetik Bernama.

GST akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Beliau turut meminta Kerajaan Pusat meningkatkan nilai e-baucar GST untuk perusahaan kecil dan sederhana membeli atau menaik taraf perisian perakaunan pematuhan GST daripada RM1,000 kepada RM2,000 bagi mengurangkan beban pengusaha PKS.

"PKS kadang-kadang buat akaun secara manual. Kami rasa RM1,000 tidak cukup, terutama untuk pengusaha PKS yang langsung tidak ada komputer dan membuat akaun secara manual. Jadi, kalau boleh kami mengharapkan kerajaan menggandakan baucar itu," katanya.

Sumber : Selangorkini

Tag : Berita

Baca : Pengusaha IKS tak faham GST - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 19 - Matlamat 44
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon