Khamis, November 13, 2014

Peluang iks di medini

Berita : Banyak peluang terbuka iks di medini

NUSAJAYA — Masih banyak peluang terbuka bagi peserta Industri Kecil dan Sederhana (IKS), khasnya dalam bidang perkhidmatan, untuk memperluaskan operasi mereka di Medini yang terletak dalam kawasan wilayah pembangunan Iskandar Malaysia di sini.

Medini

Naib Presiden Kanan Pemasaran Strategik Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd Muaazam Mahmud berkata proses transformasi yang giat dijalankan di kawasan itu sekarang bakal memberikan platform kepada peserta IKS untuk berbuat demikian.

“Kita sedang menyediakan pelbagai prasarana seperti ruang pejabat, kawasan perniagaan dan kediaman yang mampu menarik ramai pihak untuk menduduki kawasan Medini.

“Bila siapnya proses transformasi itu nanti, Medini akan menjadi lokasi strategik kepada peserta industri itu,” kata beliau pada majlis taklimat dan lawatan media ke Medini di sini Khamis.

Beliau berkata Medini yang berdekatan dengan Pinewood Studio, sesuai untuk IKS yang memberikan khidmat pra dan pasca produksi mengadakan pusat operasi mereka di situ.

Selain itu, jarak Medini yang hanya 45 minit sahaja dari daerah perniagaan di Singapura, merupakan platform terbaik bagi peserta IKS yang mahu memasarkan produk mereka di negara itu.
Beliau mengakui pada masa ini Medini Mall, Anjung Nusajaya dan Puteri Harbour masih belum ‘hidup’ berikutan kurangnya populasi di kawasan Medini.

“Kita sedang meningkatkan kesesuaian untuk didiami di kawasan Medini dan apabila proses transformasi itu siap, populasinya akan meningkat,” kata beliau dan menambah bahawa usaha berkenaan akan menghidupkan kawasan itu dengan pelbagai aktiviti. — Bernama

Sumber : Bernama

Tag : Berita

Baca : Peluang iks di medini - INA MURNI ENTERPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 23 - Matlamat 49
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon