Selasa, November 11, 2014

Pelaksanaan GST perlu bantu usahawan IKS

Kuala Lumpur  - Lebih banyak pakar percukaian diperlukan bagi menawarkan perkhidmatan secara sukarela untuk membantu kira-kira 645,000 Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata setakat ini, hanya 32,000 daripada 300,000 syarikat dengan perolehan tahunan sekurang-kurangnya RM500,000 telah berdaftar untuk GST yang akan diperkenalkan pada 1 April, 2015.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata sesetengah perunding GST didapati mengenakan bayaran sehingga RM300,000 bagi pakej keseluruhan GST, termasuk pendaftaran, latihan, penyesuaian atau menaikkan taraf kepada sistem percukaian mesra GST untuk mematuhi GST.

Firma-firma perakaunan yang kecil juga mengenakan bayaran antara RM1,500 dan RM8,000 untuk perkhidmatan setiap hari untuk membantu syarikat-syarikat mendaftar untuk GST.

"Bayaran yang tinggi ini mencerminkan kekurangan pembekal perkhidmatan yang dapat membantu bagi meringankan kesulitan bagi pematuhan GST," kata Wee.
Justeru, beliau menggesa syarikat mendaftar dengan segera bagi mempercepatkan pelaksanaan GST untuk kepentingan negara.

Sumber : Berita RTM

Tag : Berita

Baca : Pelaksanaan GST perlu bantu usahawan IKS - INA MURNI ENETRPRISE
Admin and technical support powered by Ahmad Munir 02 / 20 - Matlamat 45
>www.inamurni.com Copyright © 2014

Artikel Terkait

Produk Berkualiti Keutamaan Kami

Tentang produk iks Malaysia, Pembekal dan tempahan biskut raya dan kerepek serta makanan tradisi dan doorgift perkahwinan, Resepi biskut raya, Info kerepek, Resepi masakan, Jom makan, Jom Jalan.

Sebarang urusan - Hubungi
Google maps - Lokasi
Matlamat IKS Malaysia - admin www.inamurni.com 

Terima kasih memberi komen, Insyaallah kami akan membalasnya, WhatsApp untuk tawaran yang menarik, Share untuk Ganjaran.
EmoticonEmoticon